(8 GAMBAR)Kisah Tekad Muhammad Fadhli Untuk Melawan Obesiti

Trending

(8 GAMBAR)Kisah Tekad Muhammad Fadhli Untuk Melawan Obesiti

Pada satu ketika dalam hidupnya, Muhammad Fadhli Abdul Samad, 27, pernah mencapai berat 140kg.

DSC00328

Advertisement

Seorang yang obes sepanjang hidupnya, Muhammad Fadhli sememangnya gemar dengan makanan. Katanya:-

Bagi saya makanan adalah segala-galanya. Saya sanggup menghabiskan semua duit saya semata-mata untuk membeli makanan.

Di kalangan rakan-rakan, Muhammad Fadhli memberitahu dia mempunyai saiz badan yang paling besar. Saiz badannya menyebabkan dia sukar membeli pakaian. Pada masa itu, pilihan yang ada buatnya hanyalah membeli baju di kedai ‘bundle’.

Terus terang tempat untuk saya membeli pakaian hanyalah di kedai-kedai bundle kerana hanya di sana saya senang untuk mendapatkan pakaian-pakaian yang bersaiz besar.

Dia juga mempunyai keyakinan diri yang rendah. Muhammad Fadhli merasakan terlalu banyak kekurangan pada dirinya kerana mempunyai saiz badan yang tidak seperti kawan-kawan yang lain sehingga menjadi seorang yang pemalu. Malah, dia sering membuat wajahnya kelihatan garang untuk menakut-nakutkan orang lain bagi mengelakkan dirinya dari diejek.

DSC00798

Pernah juga semasa bercuti dengan rakan-rakan universiti di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan, dia diarahkan memakai dua jaket keselamatan.

P1080121

Saya perlu memakai dua ‘life jacket’ iaitu satu di hadapan dan satu lagi di belakang ketika hendak menaiki ‘banana boat’ bersama rakan-rakan.

Sampai pada satu tahap, Muhammad Fadhli merasakan dia perlu membuat perubahan kepada hidupnya iaitu menurunkan berat badan:-

Saya mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan setelah seluar paling besar yang saya miliki ketika itu yang bersaiz 46 inci tidak lagi muat untuk saya pakai. Berat saya pada masa itu lebih kurang 140 kg. Saya jadi takut memikirkan berapa besar lagi saya boleh jadi pada masa akan datang.

Pada masa itu saya cepat penat, selalu sakit di bahagian pinggang dan urat di leher menjadi tegang kerana tekanan darah yang agak tinggi berbanding manusia normal.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

DSC01443Pada mulanya, Muhammad Fadhli menjalankan ‘crash diet’ kerana dia tiada bahan rujukan diet untuk dijadikan panduan.

Saya melakukan ‘crash diet’ kerana pada masa itu bagi saya diet adalah ‘tidak boleh makan’. Ya, dengan cara itu memang saya berjaya menurunkan berat badan, tetapi saya kelihatan tidak sihat dan tidak bermaya. Lama kelamaan, saya belajar mengamalkan diet sihat kerana bagi saya tujuan saya menurunkan berat bukanlah untuk kurus semata-mata, tetapi untuk menjadi sihat.

Kemudian, Muhammad Fadhli mula mengamalkan pemakanan sihat, sama seperti apa yang disyorkan dalam piramid makanan. Menurutnya, dia melebihkan makanan sihat seperti sayur, buah-buahan, bijirin penuh, serta protein dan lemak sihat. Dia mengurangkan dengan drastik pengambilan makanan yang tidak sihat.

change2Di samping itu, Muhammad Fadhli mula bersenam. Namun, pada awal penurunan berat badan dia cuma berjalan untuk mendaki bukit.

Saya tidak mampu untuk berlari. Saya cuma mampu untuk berjalan. Lagipun saya malu untuk bersenam di hadapan orang ramai. Jadi saya mengambil keputusan untuk jalan mendaki bukit berhampiran rumah saya.

Pada ketika itu saja berjalan dua tiga langkah pun saya perlu berhenti kerana tidak larat. Lama kelamaan saya jadi semakin cergas dan mampu untuk berlari mendaki bukit tersebut.

Sejak dari hari itu saya mula berlari dan pergi ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Muhammad Fadhli mengambil masa hanya tiga bulan untuk menurunkan berat dari 140 kg sehingga 85 kg ketika itu, bagaimanapun dia mengakui tidak gemar ditanya tentang masa yang diambilnya kerana baginya, untuk menurunkan berat memerlukan dedikasi yang sangat tinggi.

Tidak ramai orang akan mampu dan tahan. Jadi bagi saya, biar lambat asalkan ada hasil.

Kini Muhammad Fadhli berusaha untuk mengekalkan berat badannya, namun baginya ia perkara yang paling sukar.

Saya tetap saya yang dahulu, seorang yang mempunyai selera makan yang tinggi. Berat saya pernah naik sehingga 96 kg selepas saya berjaya menurunkan berat badan.

Bagi saya, tidak salah untuk kita melayan nafsu makan kita asalkan kita tahu apa yang kita buat. Kerana itu wujudnya istilah ‘on season’ dan ‘off season’.

Untuk mengekalkan berat badan ideal saya masih mengamalkan pemakanan sihat dan terus bersenam. Sebenarnya rajin bersenam bukan perkara pelik, sebaliknya ia perkara yang terbaik untuk diri anda.

change
Muhammad Fadhli yang masih belum berkahwin, kini bekerja sebagai seorang jurutera di tapak pembinaan MRT sekitar Cheras. Dia memberitahu yang dia telah melalui pelbagai pengalaman sepanjang empat tahun dia mula menurunkan berat badan, antaranya mengalami kecederaan yang menyebabkan dia tidak dapat melakukan aktiviti kegemarannya iaitu berlari. Tetapi dia tidak mengalah sebaliknya mengamalkan senaman lain.

20141026_071915Dia juga mengaku mengalami masalah lebihan kulit kerana saiz badan yang terlalu besar ketika dulu. Untuk kes yang terlalu serius, pembedahan perlu dilakukan untuk menghilangkannya, namun Muhammad Fadhli berkata mereka yang mengalami masalah itu perlu bersabar kerana ia tetap akan hilang, cuma mengambil sedikit masa.

Apa yang anda perlu tahu ialah lebihan kulit itu hanyalah masalah kecil berbanding manfaat yang teramat banyak akan anda perolehi setelah anda menurunkan berat badan.

Kini Muhammad Fadhli boleh membeli pakaian di mana saja yang dia suka, tidak lagi hanya membeli pakaian di kedai ‘bundle’.

Dia mempunyai mesej untuk rakan-rakan di luar sana yang masih mengalami masalah obesiti.

Pesan saya untuk mereka, tolong amalkan gaya hidup sihat mulai sekarang. Jika bukan untuk diri sendiri sekurang-kurangnya untuk mereka yang kita sayang.

Jangan terlalu banyak berfikir “betulkah perkara yang aku buat ni?”, “betulkah akan menjadi?”.

Anda cuma perlu mengambil langkah kecil untuk berjaya. Jika merasakan tiada masa itu bukan alasan.

Saya seorang yang amat sibuk. Saya pernah bangun pukul empat pagi semata-mata untuk berjogging dan selepas itu terus bersiap ke tempat kerja. Jika merasakan tiada masa untuk masak bekalan makanan itu juga bukan alasan.

Saya pun pernah makan di kedai lantaran tidak mempunyai masa untuk masak sendiri bekalan makanan saya. Yang penting, kita cuba sedaya upaya kita untuk makan makanan yang sihat.

IMG_605243441103

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...