(8 GAMBAR)Budak Lapan Tahun Diusir Dari Sekolah Kerana Tangan Gergasi

Trending

(8 GAMBAR)Budak Lapan Tahun Diusir Dari Sekolah Kerana Tangan Gergasi

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun telah diusir dari sekolah setelah kedua belah tangannya membesar kepada saiz lebih besar dari kepalanya.

Kaleem, seorang peminat sukan kriket tidak dapat membuat pelbagai perkara asas, termasuk mengikat tali kasut dan makan–setelah tangannya membesar kepada saiz 13 inci dari hujung jari hantu sehingga tapak tangan.


 photo ad_143414015.jpg

Tangan gergasinya kini seberat lapan kilogram setiap satu dan dia sering dibuli sekolah, serta takut akan dipukul sekiranya kembali ke sekolah. Kaleem yang tinggal di India bersama ibu bapanya berkata:-

Advertisement

Saya tidak bersekolah kerana guru kata budak lain takut lihat tangan saya.

Ramai buli saya kerana keadaan tangan saya. Mereka kata, jom pukul budak bertangan besar tu.

Ada antara mereka yang pukul saya dan menjadikan saya sasaran.

Saya selalu sukar untuk pakai pakaian, butangkan baju, dan tarik seluar ke atas.

Ibu bapanya sudah cuba mencari bantuan untuk anak lelaki mereka itu, yang dilahirkan dengan tangan lebih besar dari normal, bagaimanapun mengalami kesusahan kerana mereka hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM 75 sebulan melalui kerja bapa Kaleem, Shamim, 45, sebagai seorang buruh.

Ibunya, Haleema, 27, memberitahu yang ketika lahir tangan Kaleem dua kali ganda lebih besar dari bayi normal.

Tangannya besar dan jarinya panjang. Pada mulanya lengannya kecil tapi turut membesar, begitu juga dengan jarinya.

Shamim memberitahu yang mereka ingin membawa Kaleem ke hospital tetapi mereka hidup susah dan adakalanya isterinya terpaksa meminta sedekah.


 photo child-with-large-hands-2.gif
 photo child-with-enlarged-hands.gif

Seorang doktor di hospital tempatan memberitahu punca pembesaran luar biasa itu ialah sama ada lymphangioma atau hamartoma.

Selain dari tangan yang besar luar biasa itu, Kaleem sihat sahaja walaupun tekanan pada sistem kardiovaskularnya yang semakin meningkat mungkin berpotensi memendekkan umurnya.

Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo ad_143414013.jpg
 photo ad_143414004.jpg
 photo ad_143414012.jpg
 photo ad_143413998.jpg
 photo ad_143414000.jpg

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...