Seekor anjing di China dibawa oleh tuannya ke sebuah kedai khas untuk menghias anjing peliharaan. Setelah mendapat khidmat menghias dari kedai itu, anjing comel ini mula berjalan dengan dua kaki seperti manusia. Gambar di bawah menunjukkan anjing itu sebelum dihantar ke kedai.
Dia mula berjalan dengan dua kaki setelah pulang ke rumah. Walaupun dibawa berjalan keluar, dia tetap berjalan seperti manusia.
Bimbang dengan perubahan anjing itu, tuannya membawa berjumpa doktor haiwan. Menurut veterinar, anjing itu berjalan dengan dua kaki kerana stres selepas dihias. Mungkin juga kuku dua kaki depannya dipotong terlalu pendek hingga menyebabkan dia sakit apabila berjalan seperti biasa.
Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sumber: Reddit