(8 GAMBAR) Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Aliff Aziz Dan Bella Astillah

(8 GAMBAR) Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Aliff Aziz Dan Bella Astillah

Belum sampai setahun usia perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah, pelakon itu menerima kecaman hebat kerana ditangkap isteri sendiri pergi berkaraoke dengan pelakon baru, Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke di Cheras baru-baru ini. Susulan kejadian itu, Bella yang tercedera dengan tidak disengajakan dalam kejadian itu telah membuat laporan polis menyebabkan Aliff ditahan seama dua hari dalam lokap.

Advertisement

Bella kemudiannya menarik balik laporan polis setelah Aliff meminta maaf dan memberi pelakon itu peluang kedua demi menyelamatkan rumahtangga mereka.

Pada 9 September lepas Aliff dan Bella atau nama sebenarnya telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama di

Aliff telah membuat kapsyen menyatakan penghargaannya kepada Bella kerana kekuatan, kesabaran dan belas kasihan dan juga sikapnya yang tidak bergantung pada orang lain.
Screen_Shot_2017-09-13_at_8.50.22_AM

Bella pula menulis di Instagramnya mengenai kecurangan pasangan bagaimanapun dia ingin mempertahankan ikatan mereka yang sudah halal dan memperingatkan sesetengah pihak perkara tidak baik yang dilakukan pada orang lain mungkin akan berbalik semula, jika tidak pada diri sendiri, mungkin pada anak cucu.

Dia juga mengharapkan suaminya bersikap lebih matang selepas ini.

Screen_Shot_2017-09-13_at_8.58.52_AM
Apa pun, kita ucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana telah berbaik semula dan diharap kontroversi yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi selepas ini. – beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...