Hukuman mati ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh sebagai balasan jenayahnya, sama ada secara pancung, tembak, gantung, suntikan maut dan sebagainya.
Ini merupakan Foto Bersiri dari jurugambar Henry Hargreaves yang memaparkan makanan terakhir penjenayah sebelum mereka menjalani hukuman mati.
Antara jenayah yang boleh dikenankan hukuman mati adalah
Membunuh
Kebanyakan negara akan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang membunuh secara segaja. Ini adalah berdasarkan prinsip pembalasan: “hutang harta dibayar harta; hutang darah dibayar darah”.
Penyeludupan dadah
Di negara Asia seperti Malaysia, Singapura, dan juga China, sesiapa yang melakukan penyeludupan dadah boleh dikenakan hukuman mati. Ini adalah berdasarkan bahawa dadah memberi kesan yang mahaburuk kepada masyarakat.
Penjual-belian manusia
Di negara China, penjual-belian manusia adalah satu jenayah yang membawa hukuman mati.
Jenayah seks/rogol
Di negara Islam, penjenayah seks boleh dikenakan hukuman mati. Keadaan yang sama juga berlaku di Vietnam yang mengenakan hukuman mati terhadap pesalah yang merogol kanak-kanak.
Jenayah-jenayah lain
Menderhaka, menculik, penyalahgunaan senjata api, malah rasuah adalah antara kesalahan yang dikenakan hukuman mati di beberapa negara.