Kalau dulu ramai yang menyampah sebab Abang Nara asyik post tentang Aaron Aziz, kali ini izinkan Abang Nara berkongsi gambar Adi Putra dan isterinya pula. Selepas wajah mereka berdua keluar menghiasi Minggu Wanita, Abang Nara ada menerima email yang berkongsi beberapa lagi keping gambar pasangan romantis ini.
Romantik kan? Daripada pembacaan Abang Nara, Adi Putra dan isteri sudah pun berkahwin selama 5 tahun namun masih belum ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata. Kepada peminat Adi Putra, marilah sama-sama kita doakan agar Adi Putra dan isteri dimurahkan rezeki untuk bergelar ibu dan ayah.
Lagi beberapa keping gambar Adi Putra dan isteri dengan membaca entri ini sepenuhnya. Anda boleh follow Adi Putra di Twitter untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat.
Chichi
April 14, 2012 at 11:21 am
apa-apa pun doakan yg t’baik untuk mereka.
bila kita asyik mm’beri komen atau kritikan, kekadang kena fikir jg…kita ni ‘perfect’ sgt ka? so drpd mmberi komen, adalah lebih baik doakan utk mereka, nescaya perkara yg baik2 jg akan b’laku kpd kita semula. insyaAllah.
x suke pompuan merapu
March 13, 2012 at 12:19 pm
respect kt ady….nmpk luving ngn wife die even die dklilingi ngn artist vouge…