Hetty Sarlene. Pelakon yang selalu menghiasi drama-drama tempatan satu ketika dahulu seringkali juga dilanda kontroversi walaupun sudah tidak aktif dalam industri hiburan tanah air. Satu ketika dahulu, Hetty pernah mempersoalkan kecemburuan para peminatnya yang rata-rata memberi komen negatif apabila dia berkongsi gambar mesra bersama si kekasih hati. Terbaru, hubungan dengan lelaki tersebut sudah putus dan Hetty kini berkongsi pula gambar agak intim dengan seorang jejaka mat saleh.
Memang kacak si jejaka mat saleh ini. Berdasarkan keintiman yang dipaparkan, kemungkinan besar Hetty Sarlene sedang memadu kasih dengan jejaka ini. Iyerlah, selalu orang bercinta yang bergambar mesra sebegini. Tak tahulah kalau ia adalah satu norma buat Hetty. Apa pun, diharapkan jejaka kali ini adalah cinta sejati Hetty dan akan dibawa ke jinjang pelamin. Iyerlah, rasanya Hetty pun bukan muda lagi. Memang sesuai sangat kalau berkahwin.
Semoga ada berita gembira daripada pelakon yang berasal dari Singapura ini nanti. Pasti ramai peminat yang tak sabar mahu melihat Hetty bersanding di atas pelamin. Kalau dah tertulis jodoh dengan jejaka luar negara, apa salahnya kan? Yang penting kebahagiaan dapat dikecapi. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Wanita China jual bayi untuk selamatkan suami