Hari Sabtu lepas, pasangan Akim Ahmad dan Stacy telah melangsungkan majlis aqiqah buat anak mereka, Eshaal selepas tiga bulan dilahirkan dan memberikan kebahagiaan di dalam keluarga kecil mereka. Untuk pengetahuan anda, Akim dan Stacy juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Valentina ataupun mesra dengan panggilan Beyya.
Mereka sekeluarga tampak cukup bergaya mengenakan busana berwarna merah. Majlis yang diadakan juga meriah dengan kehadiran keluarga, sanak saudara serta teman rapat Akim dan Stacy.
Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah Eshaal dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit Foto : myhappymoments.my