(8 FOTO) Pelakon Nadiyah Shahab Curi Perhatian Netizen, Wajah Cantik Seperti Patung Barbie

Hiburan

(8 FOTO) Pelakon Nadiyah Shahab Curi Perhatian Netizen, Wajah Cantik Seperti Patung Barbie

Pelakon baru yang membawa watak Tengku Natasha  dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu iaitu Nadiyah Shahab nampaknya sudah mula menarik perhatian netizen. Rata-rata memuji betapa cantiknya wajah beliau sama seperti patung Barbie.  Siapa sebenarnya gadis cantik ini?

Advertisement

Nama sebenarnya ialah Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berdarah kacukan Arab dan Jawa. Berasal dari Singapura dan merupakan graduan jurusan undang-undang Universiti of London, Singapura.

Nadiyah memulakan kerjayanya sebagai model dan mengacarakan rancangan berbentuk “travel” Lost At Sea di saluran Go ASEAN dan berpeluang untuk mengembara di beberapa negara di Asia.  Sebelum ini, Nadiyah juga pernah membintangi drama popular Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan Encik Suami Mat Salleh Celup.

Pelakon jelita berusia 27 tahun ini sudah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Ben Ali pada 13 Januari lalu selepas 3 tahun bercinta dan bakal berkahwin pada penghujung tahun ini.

Jom layan beberapa lagi Nadiyah yang jelita dan mampu membuat hati anda cair dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...