Sedang berbadan dua kini, Raja Farah dan suaminya Iskandar Ismail sempat meluangkan masa bersama dengan menikmati percutian ataupun kata orang baby moon di kota London.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Farah menerusi akaun Instagramnya, pasangan ini sempat berkujung ke beberapa tempat menarik seperti Tower Of London dan London Central Mosque.
Pasangan ini juga tampak cukup bahagia bersama. Kami doakan agar Raja Farah dan Iskandar kekal sehingga ke akhir hayat dan mencintai antara satu sama lain dengan lebih setiap hari.
Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar baby moon Raja Farah di London dengan membaca entri ini sepenuhnya.