8 Fakta Menarik Tentang Sadiq Khan Mayor London Yang Baru

Trending

8 Fakta Menarik Tentang Sadiq Khan Mayor London Yang Baru

Sadiq Khan mencatat sejarah apabila dilantik menjadi Datuk Bandar London pertama beragama Islam, selepas mengatasi calon Konservatif, Zac Goldsmith.

Advertisement

Kemenangan Sadiq turut menamatkan penguasaan lapan tahun Konservatif di London, yang mempunyai populasi penduduk seramai kira-kira lapan juta orang. Beliau juga merupakan Datuk Bandar Asia British yang pertama di London.

Berikut merupakan 8 Fakta yang menarik tentang Sadiq Khan

1. Ibu bapa Sadiq merupakan pendatang dari Pakistan, India yang kemudiannya menetap di London. Sadiq dilahirkan di Tooting, London.

2. Sadiq adalah anak kepada pemandu bas, Amanullah Khan dan tukang jahit Sehrun Khan. Beliau merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik.

3. Memetik laporan laman portal BT, Sadiq membesar di estet perumahan Tooting, memperoleh ijazah undang-undang University of North London sebelum menjadi seorang peguam hak asasi manusia.

4. Sepanjang kariernya sebagai peguam, Sadiq pernah bekerja untuk beberapa pelanggan kontroversi.

5. Menceburi bidang politik tempatan pada 90-an, Sadiq menjadi Ahli Parlimen pertama beragama Islam di London apabila dipilih mewakili kawasan Tooting pada tahun 2005, lapor Wikipedia.

6. Beliau turut dilantik sebagai Menteri Komuniti Negeri pada tahun 2008, kemudian menjadi Menteri Pengangkutan Negeri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Gordon Brown bagi kerajaan Buruh.
7. Sadiq berkahwin dengan Saadiya, seorang peguam dan mempunyai dua anak perempuan.

8. Sadiq juga pernah menulis buku bertajuk ‘Fairness Not Favours: How to reconnect with British Muslims.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...