8 Fakta Mengenai Sephora Ini Yang Mungkin Ramai Kaki Mekap Tak Tahu

Trending

8 Fakta Mengenai Sephora Ini Yang Mungkin Ramai Kaki Mekap Tak Tahu

Sephora dan perempuan bukan lagi perkara asing. Bagaikan ‘syurga dunia’ bagi perempuan, Sephora merupakan ‘port wajib’ singgah tiap kali mereka bertandang ke pusat membeli-belah.

Advertisement

Baru nampak pintu masuk Sephora pun, geng-geng mekap ni boleh ‘histeria’. Tetapi meskipun mereka merupakan peminat tegar Sephora, sebenarnya masih banyak perkara yang anda perlu tahu mengenai Sephora.

#1 Sephora Bukan Kedai Biasa-Biasa

Di Sephora, lantai tempat jualan dipanggil sebagai ‘pentas’ dan dibahagian lain di panggil sebagai ‘belakang pentas’ . Staff Jualan pula di panggil sebagai ‘pelakon’ dan pengurus merupakan ‘Pengarah’. Dan pakaian merah hitam berlinekan merah yang dipakai oleh staff mereka bukan uniform sebaliknya ‘kostum’.

#2 Sebuah Empayar Besar

Dominique Mandonnaud menubuhkan Sephora di France pada 1970.

Pada 1997, legasi ini diteruskan oleh Louis Vuitton Moët Hennessy dan setahun selepas itu membuka kedai pertama di Amerika Utara.

Hari ini, Sephora mempunyai pekerja lebih 20,000 dan 1900 kedai di lebih 30 negara. Kedai kosmetik ini yang menampilkan 250 jenama kecantikan menjana pendapatan melebihi $4 billion setahun

#3 Sephora Atau Zipporah?

Asal usul nama Sephora datangnya dari bahasa Greek iaitu ‘sephos’ bermaksud cantik. Manakala Pora pula diambil sempena nama isteri Moses yang cantik iaitu Zipporah.

#4 Sampel Produk Adalah Percuma

Di Sephora anda boleh mendapat 3 sampel produk secara percuma setiap kali anda datang ke kedai kami – Pro Artist Sephora, David Razzano.

#5 Polisi Pemulangan Yang Jelas

Item yang disertakan dengan resit tetapi dipulangkan selepas 30 hari tidak boleh untuk dapat bayaran balik. Sephora akan menawarkan kepada anda dalam bentuk pertukaran produk atau kredit barangan sahaja.

Item yang dikembalikan tanpa resit tetapi didapati dalam sistem, mereka akan proses mengikut dasar pembayaran balik dan pertukaran yang telah ditetapkan.

Tetapi sekiranya anda melakukan pemulangan produk yang terlalu banyak, anda mungkin di “banned” sementara oleh pihak Sephora.

#6 Anda Pun Dapat Harga Sale !

Sekiranya sesuatu item berada dalam tempoh sale dalam masa dua minggu tarikh pembelian anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dan Sephora akan memulangkan harga perbezaan yang anda patut dapat.

#7 Sephora Dibina Berdasarkan ‘Dunia’

Di setiap Sephora, anda melihat 3 segmen yang berbeza iaitu kosmetik, wangian dan skincare. Setiap staff dilatih dan mempunyai kelayakan dalam segmen yang tertentu.

Malah di setiap cawangan, setiap staff akan ditempatkan di segmen kemahiran masing-masing.

Jadi sekiranya anda memerlukan pertolongan dengan pembelian produk seperti wangian, segera tuju kepada staff yang berada di segmen tersebut.

#8 Color IQ Teknologi Hebat Sephora

Di Sephora, ada satu alat yang diberi nama iaitu Colour IQ.

Merupakan sebuah alat teknologi hasil gabungan Sephoran dan Pantone Universe yang boleh mengenal pasti warna kulit pelanggan dan memadankan warna kulit tersebut dengan kod bedak asas yang sesuai. Teknologi ini tidak terhenti di sini. Terdapat juga Skincare IQ dan Fragrance IQ.

Mana satu yang menarik hati anda?

Dan adakah anda tahu kesemua di atas wujud sebelum anda membaca artikel ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...