8 Cara “Best” Hilangkan Bubuk Atau Kutu Beras Dari Bekas Beras, Boleh Cuba!

Trending

8 Cara “Best” Hilangkan Bubuk Atau Kutu Beras Dari Bekas Beras, Boleh Cuba!

0Bagi mereka yang selalu ke dapur terutamanya suri rumah, sudah pasti anda akan mengalami satu masalah yang sering terjadi iaitu beras anda diserangi bubuk atau kutu beras.
Ia sudah pasti menjadikan kerja anda semakin rumit untuk memasak di mana anda perlu memilih buang bubuk berkenaan dahulu.

Bahkan serangan bubuk ini bukan sahaja menyusahkan anda, tetapi turut menyebabkan kualiti beras anda menjadi teruk atau hancur.

Advertisement

Jadi, bagaimana hendak mengatasi masalah bubuk atau kutu beras ini?

Jom kita baca 8 cara bagaimana hendak membuang bubuk dan mengelakkan serangga ini masuk ke dalam bekas beras anda.

1. Bawang Putih

1

Bubuk sebenarnya tidak suka bau-bauan, jadi kerana bau bawang putih yang agak kuat menyebabkan serangga ini tidak suka mendiami bekas beras yang ada bawang putih.

 2. Cili Kering

2 (1)

Jika bekas beras anda sudah dimasuki bubuk, Cuma masukkan cili kering kerana fungsinya sama dengan bawang putih menyebabkan bau kuat selain bersifat panas.

3. Daun Pudina

c

Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan digaulkan bersama-sama dengan beras. Dengarnya cara ini agak berkesan untuk menghalau kutu beras.

4. Kayu manis

4

Masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras kerana kulit kayu manis juga dipercayai mampu menghilang atau menghalau kutu beras kerana baunya yang kuat.

5. Daun Limau Nipis

c (1)

Letakkan daun limau nipis ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras kerana sifat asidnya.

6. Lada Kering

7

Rempah ini juga menyebabkan bubuk tidak senang dengan baunya, caranya cuma masukkan lada hitam dalam kain, ikatkan seperti bekas sup bunjut, masukkan dalam beras.

7. Jemur Di Tempat Panas

8

Masukkan beras ke dalam talam, kemudiannya jemur ditengah panas, menyebabkan bubuk akan melarikan diri kerana suhu meningkat.

8.  Tutup Dengan Kain Lembab

c (2)

Menggunakan kain basah adalah salah satu cara untuk mengasingkan bubuk kerana, jika beras dimasuki bubuk, tutup bekas beras dengan kain lembab di mana ia akan menyebabkan bubuk berkumpul di kain berkenaan kerana serangga ini sukakan tempat lembab.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.