8 Bulan Tak Jumpa Keluarga Di Kampung, Tya Arifin Rindu Indonesia

Hiburan

8 Bulan Tak Jumpa Keluarga Di Kampung, Tya Arifin Rindu Indonesia

Akibat sekatan operasi penerbangan berikutan wabak pandemik COVID-19, pelakon dan usahawan, Tya Arifin akui rindu akan kampung halaman di Indonesia selepas lapan bulan dikhabarkan tidak pulang menjenguk keluarga.

tya arifin rindu keluarga di indonesia

Advertisement

Perkara itu dikongsi Tya di laman Instagramnya malah Tya juga bagai bertanyakan cara bagaimana dirinya hendak pulang ke kampung halaman kepada Perdana Menteri memandangkan keluarganya menetap di Indonesia.

“Pak Muhyiddin, Malaysia udah boleh balik kampung ya? Kalo aku gimana Pak @muhyiddinyassin_official kampungku di Indonesia?”

Posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai reaksi, malah peminat juga dilihatkan meluahkan perkara sama seperti yang dialami menantu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini.

Rata-rata pengikutnya menyeru supaya Tya bersabar dan kuat mengharungi ujian ini meskipun tahu ibu kepada dua cahaya mata ini berdepan situasi kurang enak.

Terdahulu, kerajaan telah mengumukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) muai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Namun, sempadan negara, kelab malam, pub, pusat karaoke dan rumah tebuka masih tidak dibenarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...