8 Aplikasi Kamera Terbaik Perlu Ada Dalam Iphone Untuk Ambil Gambar Secara Manual

Trending

8 Aplikasi Kamera Terbaik Perlu Ada Dalam Iphone Untuk Ambil Gambar Secara Manual

Macam mana ya kalau kita nak adjust gambar yang kita shoot fokus, long exposure, white balance, atau ISO secara manual dengan Iphone? Apps apa yang kita boleh shoot imej dalam format RAW? Mudah!

Advertisement

Dapatkan salah satu dari aplikasi camera yang terbaik ini!

App Store mempunyai beberapa aplikasi kamera yang menakjubkan yang akan membantu korang melakukannya. Tidak kira apa keperluan fotografi iPhone korang, ia boleh fit kesemuanya.

Berikut adalah pilihan favourite Apps yang ohsem!

Jom lihat gambar dibawah untuk tahu apa Apps tersebut!

1. OBSCURA CAMERA

Slogan Obscura adalah, “Selalu ada kamera yang lebih baik dari apa yang anda miliki sekarang dan itulah Obscura” – Dan itu memang tepat bagi saya.

Kamera Obscura Apps ni berfungsi dengan memberi anda kawalan penuh ke atas pilihan seperti shutter speed dan kontras, dan dengan iPhone baru, keupayaan untuk menangkap imej yang lebih menakjubkan dalam format RAW.

Dengan menambahkan layers dan menggunakan Obscura, pengguna dapat menghasilkan karya fotografi yang kreatif dan profesional dengan snapshot iPhonegrafi mereka, yang mana kamera standard iPhone korang tak mampu lakukan.

2. MANUAL

Dapatkan kawalan kamera yang advance dalam pakej yang menarik dengan bantuan Manual!

Manual adalah sebuah apps super mudah untuk digunakan dan membolehkan korang menyesuaikan shutter, ISO, white balance, fokus, dan exposure.

Dalam satu bidikan korang juga boleh melihat tetapan aperture, menjadikan Manual sebuah apps fotografi iphone yang mesra dan mudah.

Korang juga boleh menyemak histogram secara langsung dan pelbagai perkara lain, semuanya dalam pakej yang direka dengan baik dan mudah digunakan. Korang boleh dapatkan imej berformat RAW juga untuk Apps Manual ini!

Muat turun di pautan ini

3. PRO SHOT

Untuk shoot seperti profesional, dalam custom mode, dan susun atur kawalan yang hebat, mengapa tak try ProShot?!

ProShot menawarkan kawalan advance yang mantap seperti exposure, ISO, shutter speed, dan white balance, tetapi perkara yang paling best sekali adalah mengenai apps ni ialah kawalan layering.

Oh, dan terdapat custom mode untuk menyimpan tetapan kegemaran korang untuk next shot, memudahkan korang untuk dapatkan shot di lain masa dengan konsisten dan mudah. Easy as pie orang putih kata.

Muat turun di pautan ini

4. HYDRA

Untuk pencahayaan yang agak tricky dan nakal serta kualiti HDR yang menakjubkan, Hydra adalah pilihan pengguna Iphone!

Hyrda adalah must-have Apps dalam koleksi Apps foto korang kerana ia mampu mengimbangi pencahayaan yang terbaik dan menangkap foto HDR yang menakjubkan.

Mode Low-light sangat mengurangkan noise pada gambar yang korang ambil dan mampu overlape foto banyak dan meningkatkan faktor cahaya, dan ia sangat berfungsi.

Foto-foto HDR kelihatan hebat dan hi-res mode membolehkan korang menangkap foto sehingga 32 megapiksel supaya korang mampu mendapatkan details pada foto korang ke tahap yang maksima!

Muat turun di pautan ini

5. PRO CAM 5

Ini juga antara pilihan untuk single shot HDR dan format TIFF! ProCam 2 adalah pilihan yang terbaik dikalangan apps fotografi iphone.

ProCam 2 menggabungkan alat hebat dengan susun atur yang hebat. Kawalan termasuk fokus manual, exposure compensation, shutter speed, ISO, dan white balance.

Terdapat juga 17 lens untuk dipilih.

Cukup banyak apa sahaja yang anda mahu kawal dalam ProCam 2.

Seperti ProCamera 8, ProCam 2 juga menyokong eksport format TIFF. Juga korang boleh shoot dalam format RAW dan bermain dengan mode Slow Shutter. Oh ohsem!

Muat turun di pautan ini

6. VSCO CAM

Ini juga antara pilihan apps fotografi saya, semua dalam satu iaitu rakaman dan editing.

VSCO Cam menggabungkan media sosial dengan on the spot touch up gambar yang sempurna. Senang cerita korang boleh ambil gambar dan edit on the spot. Tak perlu nak buka computer.

VSCO Cam menawarkan kawalan kamera manual untuk fokus, shutter speed, white balance, dan exposure. Korang juga boleh menambah filter dan edit foto korang di dalam aplikasi yang sama.

Semua alat penyuntingan mudah digunakan dan ini yang menjadikannya aplikasi yang hebat untuk iPhonegraphers yang advance dan beginner, tetapi dengan iPhone seperti 6s ke atas, VSCO Cam dapat menangkap gambar dalam format RAW! Ohsem bukan?!

Muat turun di pautan ini

7. CAMERA+

Mencari aplikasi kamera yang akan membantu korang dalam shooting dan editing yang advance? Korang patut mempertimbangkan camera+ sebagai salah satu apps pilihan!

Camera+ telah menjadi salah sebuah apps yang well-known dalam dunia fotografi iPhone untuk masa yang lama. Terdapat banyak kawalan untuk kamera, filter, mode HDR yang hebat dan banyak features editing.

Untuk maju dan segala-galanya, saya suggest Camera+, dan kini dengan keupayaan menangkap RAW dengan iPhone model-model terbaru. Camera+ juga membolehkan pengguna membidik foto dalam mode RAW!

Muat turun di pautan ini

8. SLOW SHUTTER CAM

Long exposure fotografi adalah sebuah seni, dan Slow Shutter Cam adalah pembantu terbaik korang untuk menyempurnakan seni korang! Buat peminat light trail photography, apps ini memang pilihan korang!

Sekiranya korang ingin mendapatkan exposure yang panjang, pasangkan iPhone korang dengan Tripod dan on Apps Slow Shutter Cam.

Ia menawarkan resolusi penuh pada semua peranti, dan tiga mode penangkapan berbeza untuk dipilih: motion blur, light trail, dan cahaya rendahlow light!

Sama ada korang menangkap pergerakan cahaya atau air terjun, Slow Shutter Cam adalah pilihan wajib korang!

Muat turun apps di pautan ini kat sini

Sumber: Mohd Zul Luz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...