Written by AbangNara | October 17th, 2017

Abang Nara sangat-sangat teruja apabila mengetahui Air Asia telah melancarkan penerbangan terus ke Pulau Jeju. Penerbangan pertama Air Asia ke “Island of god” ini akan bermula pada 12 Disember (4 kali seminggu) dan tempahan sudah pun boleh mula dilakukan dengan harga serendah RM249 sahaja (one way all in). Untuk makluman, Pulau Jeju telah pun diisytiharkan sebagai salah satu daripada 7 New Wonders of The World.

Jeju cukup terkenal dengan keindahan pantainya, keenakan makanannya, pemandangannya yang memukau serta pelbagai tempat tarikan pelancong. Untuk makluman, Abang Nara dan wife pernah berbulan madu di pulau ini. Memang best. Nampak gaya lepas ini kami akan terbang kembali ke Pulau Jeju bersama Air Asia untuk mengimbau kembali kenangan lama.

Pemandangan Pulau Jeju dari atas. Superb kan?

Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama isteri atau suami tercinta sekiranya anda melancong ke Pulau Jeju. Berdasarkan pengalaman, Abang Nara rasa anda perlukan sekurang-kurangnya 5 hari untuk menerokai sepenuhnya keindahan dan suasana yang cukup romantik di pulau ini. Antara aktiviti-aktiviti best yang boleh dilakukan di Pulau Jeju ialah:-

1. Mendaki gunung Hallasan

Salah satu hobi orang Korea, tak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan ialah mendaki gunung atau dalam bahasa omputihnya “hiking”. Destinasi “hiking” yang paling popular di Pulau Pulau Jeju ialah gunung Hallasan. Ia adalah gunung tertinggi di Korea dan merupakan salah satu daripada Taman Negara Korea. Laluan “hiking” disediakan untuk memudahkan proses pendakian. Semasa mendaki Hallasan, anda tidak akan terasa penat kerana pemandangannya cukup memukau. Ia pasti akan menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayat.

2. Luangkan masa di Jeju Loveland

Sekiranya anda pergi berbulan madu/bercuti bersama pasangan anda, jangan lepaskan peluang untuk melawat Jeju Loveland yang amat popular di kalangan para pelancong. Taman tema ini amat unik dan menarik kerana ia mempamerkan patung-patung dalam keadaan erotik dan hanya untuk tatapan mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Abang Nara berani jamin anda akan mengambil ratusan gambar dan bergelak ketawa melihat aksi patung-patung di Jeju Loveland ini. Memang “one of a kind”. Tiada di tempat lain.

P.S: Sekiranya anda membawa anak, Jeju Loveland anda menyediakan “nursery” di pintu masuk untuk membolehkan anda dan pasangan bergembira melihat keletah-keletah patung di dalamnya.

3. Menerokai Manjanggul Cave

Percutian anda di Pulau Jeju tidak akan lengkap sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Manjanggul Cave. Ia adalah sebuah terowong lava gunung berapi sepanjang 13 kilometer yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage. Anda pasti akan terkesima melihat stalagmite, stalactite dan juga bentuk batu bata unik yang terhasil kerana proses semulajadi lava gunung berapi. Jangan lepaskan peluang untuk melihat “The Stone Turtle” yang menyerupai bentuk Pulau Jeju di terowong ini.

4. Cabar minda anda di Gimnyeong Maze Park

Sekiranya anda seorang yang sukakan cabaran, Gimnyeong Maze Park adalah yang wajib dilawat untuk mencabar minda anda. Lagi best kalau anda melakukan aktiviti ini bersama-sama keluarga. Confirm havoc jadinya. Gimnyeong Maze Park ini direka berdasarkan bentuk Pulau Jeju. Kalau nak lebih mencabar, pastikan anda cuba menyelesaikan maze ini tanpa menggunakan bantuan peta. Tengok berapa lama masa yang akan anda ambil. Barulah best kan?

5. Melawat Teddy Bear Museum

Anda turut membawa anak-anak ke Jeju untuk bercuti? Jangan risau sebab banyak je tempat menarik untuk dilawati oleh kanak-kanak di pulau ini. Salah satu daripadanya ialah Teddy Bear Museum. Di sini anda boleh belajar tentang sejarah penghasilan Teddy Bear, melihat pelbagai koleksi Teddy Bear dan juga membeli cenderahati. Confirm anak-anak anda akan bergembira sepanjang berada di dalam musium ini.

6. Menikmati keindahan air terjun Jeongbang Falls

Abang Nara berani jamin mulut anda akan terbuka melihat keindahan air terjun Jeongbang Falls. Ia adalah satu-satunya air terjun di Asia yang airnya turun terus ke lautan. Memang anda tak akan jumpa air terjun yang seunik ini di tempat lain. Jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak dan nikmati kecantikan alam semulajadi di Jeongbang Falls.

7. Mencuba pelbagai kafe unik & menarik di Jeju

Tiada apa yang lebih menenangkan selain menikmati secawan kopi di kafe sambil melihat pemandangan pantai yang indah. Di Pulau Jeju, banyak kafe-kafe hipster yang tumbuh bak cendawan. Selain daripada makanan dan minuman yang memang enak, kafe-kafe ini turut menawarkan pemandangan yang memukau jiwa. Bayangkan anda bersama si dia yang tercinta, meminum kopi sambil bersama-sama melihat matahari terbenam. Serius romantic habis. Antara kafe-kafe yang boleh anda cuba ialah Monsant Café, Moonja Café, Café Coji dan juga Bomnal Café.

P.S: Jangan lupa untuk minum kopi di kafe salah seorang penyanyi kumpulan Big Bang iaitu G Dragon. G Dragon telah membuka kafenya yang diberi nama Aewol Monsant di Pulau Jeju dan ia telah menjadi tumpuan ramai kerana keunikan rekaannya. Kopi pun sedap!!!

Kafe Aewol Monsant milik G Dragon

8. Mendalami keunikan budaya Haenyeo (penyelam wanita) di Pulau Jeju

Salah satu perkara yang paling unik tentang Jeju ialah kewujudan Haenyeo iaitu penyelam wanita di pulau ini. Ada di antara Haenyeo ini berusia 80-an namun masih aktif menyelam sehingga 10 meter bawah dasar laut untuk mengutip kerang, abalone dan juga landak laut. Menariknya mereka melakukan aktiviti ini tanpa bantuan topeng oksigen. Sebelum terjun ke dasar laut, mereka akan berdoa kepada Jamsugut iaitu Tuhan Lautan supaya diberikan keselamatan dan boleh pulang dengan selamat. Jika ada masa terluang, silalah luangkan masa untuk mengetahui tentang warisan budaya Pulau Jeju yang amat unik ini.

Amcam excited tak nak terbang ke Pulau Jeju selepas membaca 8 aktiviti best ini? Serius korang tak sabar kan? Jadi tunggu apa lagi? Tempahlah tiket anda ke Pulau Jeju bersama Air Asia dengan harga serendah RM249 sahaja untuk penerbangan satu hala. Promosi ini sah sehingga 22 Oktober 2017 untuk penerbangan 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Maklumat lanjut layari www.airasia.com. Selamat menikmati keindahan dan keunikan Pulau Jeju.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to 8 Aktiviti Yang Boleh Buat Anda Jatuh Cinta dengan Pulau Jeju

  1. t says:

    da usha x de pun harga tu

    1

    1
  2. Nurul Nadiah says:

    Indah nya pulau Jeju :)

    0

    1
  3. Anonymous says:

    jeju loveland tu tak sesuai untuk orang Islam…tak perlu promo kat sini, tak sensitif betul..

    0

    0

Leave a Comment

Optional