77 Pelajar Sekolah Tinggi Indonesia Dipaksa Senior Untuk Jamah Najis Manusia

Trending

77 Pelajar Sekolah Tinggi Indonesia Dipaksa Senior Untuk Jamah Najis Manusia

Sekolah Tinggi Bunda Segala Bangsa (BSB) di Maumere, Wilayah Nusa Tengara Timur, Indonesia menerima dakwaan bahawa pelajar senior mereka telah memaksa 77 pelajar junior untuk menjamah najis manusia pada minggu lalu.

Kejadian menjijikkan ini telah dicerita sendiri oleh salah seorang mangsa ketika mereka kembali ke asrama. Menurut mangsa, mereka berada dalam asrama masing-masing selepas selesai makan tengah hari. Salah seorang senior mereka telah menjumpai najis manusia di dalam almari kosong.

Advertisement

Sejurus kejadian tersebut, kesemua junior telah dipanggil senior berkenaan untuk disoal tentang kewujudan najis tersebut. Namun begitu, tiada pelajar yang tampil untuk mengaku.

Disebabkan tiada yang mengaku, senior berkenaan tidak berpuas hati lalu mencedok najis tersebut dengan sudu dan memaksa kesemua 77 orang junior untuk memakannya.

Tambahnya lagi, tiada seorang pun yang berani untuk membantah kerana takut meskipun perkara tersebut sangat jijik dan meloyakan. Selepas kejadian makan najis tersebut, senior berkenaan telah memberi amaran awal kepada semua pelajar junior agar tidak sesekali melaporkan hal tersebut kepada ibu bapa masing-masing.

sedih

Gambar sekadar hiasan

Ibu kepada salah seorang mangsa menyifatkan perkara tersebut sangat tidak berperikemanusiaan dan sama sekali tidak dapat diterima akal. Mariua Flora, ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat tegas meminta pihak sekolah untuk memberi hukuman yang setimpal terhadap perbuatan yang dilakukan oleh senior tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak Sekolah Tinggi Bunda Segala Bangsa enggan mengeluarkan apa apa kenyataan berhubung kes ini tetapi satu perjumpaan akan dilakukan bersama ibu bapa pelajar yang terlibat untuk menyelesaikan kes ini.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...