76% Rakyat Terengganu Alami Obesiti, Remaja Paling Membimbangkan

Gaya Hidup

76% Rakyat Terengganu Alami Obesiti, Remaja Paling Membimbangkan

Sebanyak 76 peratus atau kira-kira 988,000 daripada 1.3 juta penduduk Terengganu didapati mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) iaitu Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 15.2 peratus berbanding 60.8 peratus yang direkodkan pada tahun 2011.

Advertisement
lelaki obesiti

gambar hiasan

Satu daripada tiga remaja Terengganu obesiti

Menurut beliau, lebih membimbangkan apabila satu daripada tiga remaja di negeri ini turut dikesan mengalami masalah berat badan, yang berpunca daripada tabiat pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat.

Situasi ini merisaukan pihak kesihatan kerana ia boleh meningkatkan lagi risiko dan kadar penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, jantung, buah pinggang dan darah tinggi yang sudah sedia tinggi.

 

Dalam kalangan remaja, gaya hidup hari ini yang sentiasa melekat dengan gajet dan pelbagai pilihan makanan tidak sihat menyebabkan semakin ramai mengalami masalah berat badan.

terengganu obesiti

gambar hiasan

Susulan itu, Dr. Kasemani berkata, pihak JKNT kini giat memperhebat penganjuran program kesedaran, termasuk Kempen ‘War On Sugar’ yang bertujuan memberi peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya gula tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan.

Beliau turut menekankan bahawa amalan meminum air kosong serta penyediaan makanan secara sihat di rumah merupakan antara langkah berkesan untuk mengurangkan pengambilan gula tambahan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

bawa pesakit 200kg ke hospital guna trak APM
2 months ago

Individu 200KG Dibawa Ke Hospital Naik Trak Raih Perhatian , Ramai 'Nurse' Kongsi Cabaran Urus Pesakit Obesiti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...