75 Peratus Paru-Paru Fazli Zainal Rosak Akibat COVID-19

Hiburan

75 Peratus Paru-Paru Fazli Zainal Rosak Akibat COVID-19

Penyanyi Fazli Zainal memaklumkan bahawa 75 peratus paru-parunya telah rosak akibat COVID-19.

Fazli mengakui dirinya berasa terkejut dengan hasil ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang ditunjukkan oleh doktor kepadanya.

Advertisement

Wani Comel
3 years ago

(TAKZIAH) Wani Comel Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Ujarnya lagi, dia kini masih menderita batuk-batuk dan kesukaran bernafas serta cepat mengah jika bercakap.

Meskipun keadaan kesihatannya beransur pulih kala ini, dia masih belum boleh bernafas dengan baik dan perlu bergantung akan bantuan oksigen.

Kongsi Fazli, dia pernah cuba ke tandas tanpa bantuan oksigen namun dalam tempoh masa satu minit sahaja, paras oksigennya menurun daripada 93 peratus hingga 55 peratus.

Penyanyi lagu Kurnia ini difahamkan masih belum berpeluang menerima suntikan vaksin gara-gara telah dijangkiti COVID-19 terlebih dahulu.

Meskipun begitu, semangat serta sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat handai membuatkan Fazli berasa positif untuk terus bertahan daripada kesakitan ini.

Fazli juga memaklumkan bahawa dia mungkin dibenarkan pulang dalam tempoh seminggu lagi itupun bergantung kepada tahap kesihatan dan juga nasihat doktor.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Fazli Zainal.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...