73 Ekor Kuda Mati, Kerana Diserang ‘Virus Kuda Afrika’

Trending

73 Ekor Kuda Mati, Kerana Diserang ‘Virus Kuda Afrika’

Baru-baru ini kita telah didedahkan dengan beberapa spekulasi yang menyatakan bahawa penularan virus COVID-19 yang sedang menyerang dunia ini, juga boleh dijangkiti kepada haiwan. Tetapi masih tiada jawapan tepat mengenai perkara itu.

Baca: Seekor Kucing Milik Pesakit Coronavirus Telah Diuji Positif Di Belgium

Advertisement

Terkini, dikhabarkan bahawa keputusan ujian makmal berkenaan 73 ekor kuda yang mati di daerah Pak Chong itu sudah sah tiada kaitan dengan virus COVID-19.

Menurut lapor Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand, keputusan mendapati bahawa kuda-kuda yang mati itu mati akibat penyakit  ‘kuda Afrika’.

Ujian makmal tersebut telah dilakukan dengan membuat pengambilan sampel tisu dari haiwan berkenaan

Kuda yang mati

Menurut sumber, kini sebanyak 654 ekor kuda yang berada di daerah Pak Chong, dan di ladang-ladang lain di daerah Muang. Oleh kerana bimbang perkara ini berterusan berlaku, beberapa pegawai dari Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand telah dikerahkan untuk melakukan proses ‘nyah kuman’ di 29 ladang kuda di sana.

Wabak ini berasal daripada Afrika, sehingga kini kita masih lagi tidak tahu bagaimana wabak ini boleh tersebar di daerah Pak Chong.

Bagaimanapun tindakan lanjut akan tetap dilakukan

Gambar Hiasan

Pegawai ternakan telah pun mengutip sampel dari haiwan dari spesis yang sama, seperti kuda, keldai, kuda belang dan juga unta yang terdapat di zoo Nakhon Ratchasima untuk dibuat ujian.

Larangan pergerakan keluar kuda dan ahli keluarganya juga turut dikeluarkan untuk mencegah penyebaran penyakit itu.

Selain itu, pemilik ladang kuda di daerah Pak Chong dan Muang telah dinasihatkan supaya membuat penutupan kandang mereka dengan jaring untuk mengelak kuda dari digigit oleh serangga, terutamanya agas yang dipercayai mampu membawa penyakit.

Tiada kematian yang melibatkan manusia dengan penyakit ini yang dilaporkan sehingga hari ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...