Sedar tak sedar sebenarnya banyak pusat membeli-belah yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan lagi-lagi di pusat bandar Kuala Lumpur.
Bukan sahaja banyak, tapi juga mudah diakses. Ada juga dua atau tiga pusat beli belah yang berhubung antara satu sama lain. Ada juga yang dibina bersebelahan kawasan perumahan dan stesen-stesen LRT.
Tapi untuk pengetahuan anda, dijangka Malaysia akan mempunyai hampir 700 pusat membeli-belah dengan jumlah lot yang boleh disewa sebanyak 170 meter persegi menjelang akhir tahun depan.
Pada masa sekarang sahaja, terdapat kira-kira 560 pusat membeli-belah yang beroperasi di seluruh negara dan lebih kurang 85 hingga 87 peratus pusat membeli-belah terletak di sekitar kawasan Lembah Klang dan masih boleh dikatakan normal jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Singapura.

Sumber: tally press
Tetapi siapa yang akan pergi dan berbelanja di semua pusat beli-belah yang banyak tu lebih-lebih lagi yang dipenuhi dengan kedai, restoran dan butik yang berjenama dengan harga yang agak tinggi?
Antara salah satu cara untuk memenuhkan pusat membeli-belah ini sama ada yang lama, baru atau yang bakal muncul ialah dengan menambah jumlah kedatangan pelancong.
Pihak kerajaan perlu lakukan banyak usaha untuk menarik pelancong untuk datang melancong dan dalam masa yang sama turut membeli-belah di Malaysia terutamanya pelancong dari negara China.
Kenapa?
Kerana pelancong dari tanah besar China berbelanja lebih kurang $260 billion diseluruh dunia dan merupakan penyumbang terbesar dalam sektor pelancongan buat masa sekarang.

Sumber: Kaganga
Di Malaysia, bagi suku kedua 2018, industri runcit melaporkan kadar pertumbuhan 2.1 peratus dalam jualan runcit, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017.
Sumbangan industri runcit kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) boleh berkembang kepada 15 peratus daripada 10 peratus semasa dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia akan menjadi lebih baik dengan perkembangan industri pelancongan.
Selain berbelanja apa yang anda biasa lakukan di pusat membeli-belah?

Sumber: Naturallycurlye
Semestinya makan! Oleh sebab itu, kebanyakkan pusat membeli belah di Malaysia menambah lot untuk lebih banyak perniagaan makanan dan minuman. Ini juga antara sebab dan penyumbang untuk peningkatan jumlah pengunjung bagi sesebuah pusat membeli-belah.
Peningkatan kafe dan restoran di dalam pusat membeli-belah meningkat lebih kurang 10 peratus daripada sebelum ini menjadi 30 peratus berbanding 20 peratus sebelum ini.
Jadi anda semua rasa berbaloi atau tidak kalau lebih banyak pusat membeli-belah didirikan di Malaysia?
Sumber: NST