70 Vaksin COVID-19 Sedang Dibangunkan Di Seluruh Dunia Dengan 3 Daripadanya Sudah Diuji Pada Manusia

COVID-19

70 Vaksin COVID-19 Sedang Dibangunkan Di Seluruh Dunia Dengan 3 Daripadanya Sudah Diuji Pada Manusia

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya 70 vaksin COVID-19 sedang dibangunkan oleh para saintis buat masa ini. Tiga daripada 70 vaksin ini telah pun diuji pada manusia seperti yang dilaporkan oleh sumber. Wabak yang semakin merebak pantas ini telah menyebabkan para saintis mempercepatkan kajian mereka untuk menghasilkan vaksin.

Angka kes jangkitan COVID-19 kini telah melepasi 1.9 juta kes dan telah meragut 110,000 nyawa di seluruh dunia. Tiga vaksin yang telah diuji itu, salah satunya di dalam proses klinikal yang diusahakan dengan kerjasama CanSino Biologics Hong Kong dengan Institut Bioteknologi Beijing.

Advertisement

Untuk makluman, percubaan bagi vaksin ini sudah memasuki fasa yang kedua. Manakala dua lagi vaksin dibangunkan di dua institusi berbeza dari Amerika Syarikat iaitu Moderna dan Inovio Pharmaceuticals di mana kedua-dua vaksin ini juga telah pun diuji pada manusia.

Beberapa syarikat lain turut menjalankan kajian bagi penghasilan vaksin COVID-19 bagi membantu mempercepatkan prosesnya. Syarikat gergasi seperti Pfizer dan Sanofi juga mempunyai beberapa potensi vaksin dan sekarang sudah memasuki peringkat pra-klinikal.

vaksin covid-19

Malah, kerajaan China juga telah meluluskan ujian pada manusia yang ingin dilakukan oleh CanSino baru-baru ini. Amerika Syarikat juga telah memberikan kelulusan pada Mac lalu kepada Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts. Walaupun institusi ini belum pernah menghasilkan vaksin sebelum ini, kelulusan diberikan untuk ianya diuji pada manusia.

Proses penghasilan vaksin kebiasaannya merupakan proses yang sukar, memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa bertahun-tahun untuk memastikan ianya selamat dan berkesan. Pandemik ini merupakan coronavirus yang ketiga tercetus pada abad ke 21 ini, manakala dua yang pertama iaitu SARS dan MERS masih belum diluluskan vaksinnya.

Vaksin baru juga perlu diuji di dalam makmal, kemudian pada haiwan dan sekumpulan kecil manusia untuk memastikan ianya selamat digunakan secara meluas. Pakar turut meluahkan kebimbangan mereka apabila langkah-langkah ini tidak dilakukan kali ini yang boleh membawa kepada risiko ‘immune enhancement’. Bermaksud vaksin boleh melemahkan tindak balas seseorang terhadap virus.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...