Majalah InTrend edisi Mei 2012 telah memilih Elfira Loy, Izara Aishah, Sharifah Sakinah, Nazim Othman, Sharnaaz, Anzalna dan Amar Asyraf untuk menghiasi muka hadapan sempena ulangtahun ke 7 mereka. Bagi Abang Nara, pilihan majalah InTrend sangat sesuai kerana ketujuh-tujuh mereka ada keistimewaan yang tersendiri.
Cuma rasanya kalau diletakkan Aiman Hakim Ridza lagi meletup kot cover InTrend kali ini. Mungkin untuk edisi yang seterusnya boleh cuba menggunakan Aiman Hakim Ridza sebagai cover. Abang Nara jamin pasti meletup. Apa pun jangan lupa dapatkan majalah InTrend Mei 2012 untuk membaca perkembangan terkini artis-artis kegemaran anda.