Rambut adalah mahkota seorang wanita. Setiap wanita mengidamkan rambut ala-ala model dalam iklan di televisyen. Semua wanita kalau boleh mahukan rambut yang hitam berkilat, lebat umpama sang puteri dan sihat tanpa sebarang masalah (tak ada kutu, tak ada rambut gugur dan sebagainya)

setiap wanita confirm teringin nak gayakan rambut diorang ala-ala model macam nie sekali dalam seumur hidup
Namun menjadi seorang wanita bererti anda sentiasa sibuk (lebih-lebih mereka yang dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata). Mana ada masa nak pergi salun untuk basuh rambut, bersihkan rambut, steamkan rambut, treatment rambut dan sebagainya. Kadang-kadang nak potong rambut setahun sekali pun punyalah payah. Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang wanita.

mana ada masa untuk semua ini, nak masak lagi, nak jaga anak lagi, nak tidur lagi
Oleh itu, hari ini, Abang Nara akan berkongsi 8 tips mudah untuk anda memastikan rambut anda kekal berseri dan bersinar umpama model syampu. Tips-tipsnya ialah:-
1. Sikat rambut setiap hari
Sambil-sambil tengok tv, sambil-sambil buai anak, sambil-sambil tunggu lauk masak, jangan lupa bawak sikat bersama dan sikatlah rambut anda. Satu lagi tips berkaitan sikat rambut ini ialah jangan sikat rambut ketika ia basah. Pastikan kering terlebih dahulu. Kalau basah, rambut akan senang gugur. Silap-silap boleh botak dibuatnya.
2. Basuh rambut gunakan air sejuk
Mandi air panas memang seronok dan menyegarkan. Namun adalah satu kesilapan besar untuk membasuh rambut kita menggunakan air panas. Wajib guna air sejuk. Air panas akan menyebabkan segala nutrien di dalam rambut kita hilang. Air sejuk membolehkan nutrien kekal di dalam rambut sekaligus membuatkan rambut kita tampak lebih bersinar-sinar.
3. Gunakan syampu Botanicals Fresh Care
Dirumus 100% menggunakan bahan semulajadi, Botanicals Fresh Care adalah produk penjagaan rambut terbaru daripada jenama yang cukup popular dan berkualiti iaitu L’Oreal Paris. Pembuatan Botanicals Fresh Care melibatkan para petani, botanist dan saintis yang bergabung kepakaran di dalam memberikan komitmen-komitmen di bawah kepada kita:-
(i)Komitmen untuk kualiti material yang terbaik
Ekstrak pokok botani yang digunakan untuk Botanicals Fresh Care dipilih hanya daripada yang terbaik dari Eropah.
(ii)Komitmen untuk keberkesanan yang tinggi
Untuk memastikan kesan yang tinggi buat para penggunanya, Botanicals Fresh Care dipilih pada dos yang tepat pada masa yang sesuai.
{iii)Komitmen untuk formula yang selamat
Botanicals Fresh Care adalah bebas daripada penggunaan silikon, parabens dan colorants yang sering ada di dalam syampu yang terjual di pasaran.
(iv)Komitmen untuk menjaga alam sekitar
Botol syampu Botanicals Fresh Care 100% diperbuat daripada bahan kitar semua PET dan boleh direcyle selepas habis digunakan.
Syampu Botanicals Fresh Care adalah syampu premium yang membangkitkan rasa sensasi pada diri anda dengan baunya yang amat wangi dan harum semerbak. Tambah menarik, syampu Botanicals Fresh Care ini ialah ia didatangkan dalam 4 pilihan yang dinamakan bersempena pokok botani yang digunakan untuk pelbagai jenis rambut.
1. Camelina
2. Coriander
3. Geranium
4. Safflower
Apa yang lebih awesome, Botanicals Fresh Care ini bukan sekadar hanya syampu, malah turut tersedia dalam bentuk conditioner, mask dan leave-in treatment. Untuk kesan yang optimum, anda perlu menggunakan keempat-empat produk ini. Harga pun sangat berbaloi-baloi dengan kesan yang bakal anda perolehi. Boleh didapati di semua farmasi dan juga laman web online. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Hermo. Selamat mendapatkan rambut idaman anda.
4. Jangan pakai tudung ketika rambut basah
Abang Nara tahu ramai pembaca BeautifulNara adalah wanita bekerjaya yang memakai tudung. Pagi-pagi selepas mandi memang masa amat singkat untuk bersiap pergi ke pejabat. Namun sila elakkan pakai tudung ketika rambut masih basah. Pastikan anda mengeringkan rambut terlebih dahulu dan barulah gayakan tudung anda. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering akan menyebabkan rambut berminyak.
5. Jaga pemakanan
Kecantikan rambut bermula dari pemakanan kita kerana rambut memerlukan nutrien untuk kekal sihat. Sebab itulah kita kena jaga pemakanan. Kalau selalu makan junk food, jangan haraplah nak dapat rambut yang hitam kilat. Pilih makanan anda. Banyakkan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga minum air kosong. Boleh juga cuba vitamin-vitamin sebagai supplement tambahan.
6. Elakkan makanan berminyak
Makanan seperti ayam goring, nasi goring kampong, mee kari dan goreng pisang memang sedap untuk dimakan. Namun jangan sesekali menjadikan ia makanan harian anda kerana terlalu banyak minyak yang digunakan ketika menyediakan makanan-makanan ini. Makanan berminyak akan turut sama menyebabkan rambut anda berminyak. Rambut yang berminyak akan menyukarkan proses penjagaannya, sekaligus menyebabkan berlaku keguguran rambut.
7. Pergi salun rambut 3 bulan sekali
Menjadi seorang wanita memang kesuntukan masa kerana terlalu sibuk menguruskan hal rumahtangga, bekerja, memasak dan mengemas rumah. Namun nak tak nak, anda perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk pergi ke salun rambut. Minta tolong pada suami untuk jaga anak sekejap untuk anda membuat rawatan pada rambut anda. Inilah masa terbaik untuk anda manjakan rambut anda untuk mendapatkan rambut yang segar, sihat dan shiny.