Tanggungjawab sebagai tuan rumah sangatlah berat. Bukan sekadar memastikan rumah dalam keadaan elok malah hubungan antara tuan rumah dan penyewa haruslah dalam berkeadaan baik agar tidak timbul masalah dikemudian hari.
Sebagai seorang penyewa, sudah semestinya menginginkan tuan rumah yang mampu untuk membantu dikala mengalami kesulitan berkaitan rumah yang diduduki. Ini secara tidak langsung dapat membuatkan penyewa rasa lebih dijaga dan akan kekal lebih lama di rumah tersebut.
Admin kongsikan penulisan dari Sterling White dari BiggerPockets mengenai 7 tip yang boleh digunakan oleh tuan rumah dalam memenangi hati penyewa.
1. Proaktif Dalam Hal Penyelenggaraan Rumah
Rumah ada kalanya akan mengalami kerosakan, tidak kiralah kecil atau besar, jadi untuk menjadi tuan rumah yang ‘wow’ kepada penyewa, anda haruslah sentiasa cepat dalam melakukan penyelenggaraan.
Bila mana ada aduan dari penyewa, pastikan anda selesaikan kerosakan yang ada dengan secepat mungkin, ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi juga masa ada. Penyewa mana yang tidak suka akan tuan rumah yang efektif macam ni kan?
2. Ingat Tarikh Istimewa.
Tidak salah rasanya kalau anda mengingati tarikh-tarikh penting penyewa anda. tidak perlu untuk mengetahui secara ‘details’ tarikh tersebut, jika tahu tarikh hari lahir atau ulang tahun perkahwinan pun sudah cukup. Cuba buat nota khas, supaya tidak terlupa tarikh-tarikh tersebut.
Jika tidak mampu untuk berbelanja lebih, untuk membeli hadiah, anda boleh sahaja mengirimkan kad ucapan, biar ada penghantaran khas ke rumah, barulah istimewa sikit kan.
Harus diingat, hubungan anda dengan penyewa, sangat penting, ini kerana, semakin anda mesra dan rapat dengan mereka, semakin lama mereka akan kekal menyewa bersama anda.
3. Amalkan Sikap Toleransi
Tidak semua mampu untuk mengurus kewangan dengan baik, mungkin ianya disebabkan oleh masalah yang dihadapi. sebagai tuan rumah, anda harus bijak mengenalpasti punca sesuatu permasalahan itu timbul, seperti lambat membayar sewa.
Ianya mungkin disebabkan ahli keluarga mereka sakit, adik sambung belajar atau dibuang kerja. dan sebagai tuan rumah, jika anda mampu untuk bertolak-ansur, sudah pasti amat dihormati oleh penyewa, tidak rugi untuk anda panjangkan sedikit tempoh bayaran sewa.
4. Memulangkan Deposit Secepat Mungkin
Sebagai penyewa, duit deposit yang dibayar sewaktu mula berpindah ke rumah sewa, amat besar nilainya. ini kerana, ianya boleh digunakan semula untuk membayar rumah sewa lain.
Anda seharusnya mempunyai simpanan khas, yang boleh digunakan jika penyewa ingin keluar rumah dan memerlukan deposit. sangat tidak molek jika tuan rumah membuat ‘perangai’ dengan melambatkan pembayaran balik deposit.
Namun harus dipastikan, sebelum anda membayar kembali wang deposit tersebut, pastikan rumah anda berrada dalam keadaan kemas dan tidak ada sebarang kerosakan.
5. Berikan Diskaun Kepada Rakan-Rakan Atau Keluarga Bekas Penyewa
Amat bertuah jika anda menjadi tuan rumah yang disayangi penyewa, disebabkan sikap anda, lagi baik bila mana penyewa yang ingin berpindah, tolong membawa penyewa baharu untuk anda.
Bagi menunjukkan rasa menghargai, anda boleh sahaja memberi diskaun kepada penyewa baru tersebut, mungkin dari segi kos untuk masuk, atau lain-lain diskaun.
Untuk bekas penyewa pula, anda boleh juga memberi referral fee atau finder’s fee kerana membantu untuk memudahkan kerja anda dalam mencari penyewa baru.
6. Tawarkan kepada penyewa Untuk Membeli Rumah Anda
Anda tidak tahu sampai bila penyewa anda akan kekal menyewa bersama anda. dan mungkin nanti tiba masanya penyewa anda akan berpindah, kerana ingin membeli rumah lain.
Masa inilah anda boleh untuk membuat sitasi win-win, di mana anda boleh menawarkan kepada mereka untuk membeli rumah anda, penyewa pun sudah lama duduk di rumah tersebut, dan mereka mungkin sudah selesa berada di rumah anda.
Mana tahu rezeki anda, tidak perlu untuk mencari pembeli, kerana sudah ada di depan mata. Tapi harus diingat, jika anda hanya mempunyai seunit rumah sewa sahaja, tips ini tidak boleh digunapakai, kerana takut akan merugikan anda kelak.
7. Perkongsian Ilmu Hartanah Bersama Penyewa
Anda sudah mempunyai ilmu yang baik dalam pelaburan hartanah ini, jadi apa salahnya kongsikan ilmu yang anda ada bersama penyewa, ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penyewa, bahkan anda mungkin dapat tempias yang sama kelak.
Siapa tahu, kelak, anda boleh berurusan dengan penyewa anda dalam pelaburan ini, boleh jugalah tambah networking anda. Tapi pastikan, mereka tidak pula subtle unit anda, nanti, harapkan pagar, pagar makan padi.