Agak sukar untuk kita buang tabiat mengumpul barang dan biasanya bilik tidur menjadi lokasi menyimpanan barang simpanan itu.
Ruang ialah komoditi sebenar, lebih-lebih lagi jika anda tinggal di apartmen studio bersaiz kecil. Anda perlu bijak dalam memaksimumkan setiap sudut dalam ruang sekecil 500 kaki persegi, apatah lagi memanfaatkan segenap ruang bilik tidur anda.
Jom pelajari cara-cara untuk memaksimakan pengunaan setiap ruang bilik agar nampak lebih kemas dan kita tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar.
Penyangkut tumbuh-tumbuhan
Sumber: diy.viralcreek.com
Jika bilik tidur anda bertingkap (pastikan bertingkap!) anda boleh letakkan beberapa penyangkut tumbuh-tumbuhan. Berjurai dari siling ke bawah, tumbuhan seperti ini tidak langsung memerlukan ruang di lantai. Bukan saja dapat menjimatkan ruang, rumah anda juga akan lebih tenang dengan suasana kehijauan.
Katil platform
Sumber: Jeremy Levine
Anda boleh nyahkan habuk degil dan gunakan bekas penyimpan barang yang lutsinar untuk menyimpan barang-barang yang jarang digunakan, seperti selimut dan pakaian musim sejuk yang hanya digunakan ketika mengembara. Keluarkan sedikit wang untuk membina sebuah katil platform yang dilengkapi dengan rak dan laci juga meruapakan satu idea yang bernas!
Rak terapung

Sumber:decornation
Dinding bukanlah sekadar untuk menggantung foto dan lukisan. Salah satu cara untuk memaksimumkan ruang ialah dengan memasang rak di dinding dan juga di atas bingkai pintu. Anda juga boleh memasang rak terapung untuk digunakan sebagai meja sisi katil. Ingat, dinding adalah teman baik anda.
Meja Lipat

Sumber: Dekoruma
Salah satu pkara yang menjengkelkan tentang saiz bilik yang kecil ialah akan kekurangan ruang kerja yang boleh berfungsi dengan baik. Penyelesainnya ialah anda boleh dapatkan sebuah meja lipat! sangat mudah didapati di kebanyakan kedai perabot dan ini adalah cara terbaik untuk menjimatkan ruang.
Perngorganisasi Pintu

Sumber: Homedit
Beli pengorganisasi pintu atau pasangkan penyangkut baju di belakang pintu untuk menggantung skaf, aksesori, tali leher, dan juga kasut. Bukan sahaja boleh digantungkan di belakang pintu bilik malah boleh juga boleh digunakan dengan pintu almari.
Cermin sebagai ruang penyimpanan

Sumber: urbanoutfitters
Cara ini akan memberi dimensi lebih luas kepada bilik anda yang kecil. Sebuah cermin panjang penuh yang boleh digelongsor menampakkan rak dalaman yang slim merupakan alternatif untuk meja solek yang besar. Bilik anda tampak lebih kemas dan luas apabila toner, mousse, pomade, berus dan sebagainya tersembunyi di balik cermin.
Papan penyepit

Sumber: Wonderful DIY
Masih ingat dengan meja lipat tadi? Anda boleh memasang papan penyepit pada dinding berdekatan meja itu atau di atas sebarang dinding kosong. Papan penyepit sangatlah serbaguna, maka anda boleh gantung bakul-bakul kecil, cangkuk untuk alat tulis, nota, gambar dan lain-lain lagi.
Sumber: iproperty