7 Tips Bagaimana Elak Jahitan Bersalin Terbuka Semula Bila Hari Ke-9 Berpantang

Trending

7 Tips Bagaimana Elak Jahitan Bersalin Terbuka Semula Bila Hari Ke-9 Berpantang

Disebabkan jahitan ‘pt’ saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya kongsikan benda yang patut ibu-ibu jaga untuk pastikan jahitan betul-betu sembuh pada waktunya.

Harap tak jadi macam ‘pt’ saya ini, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah tak lawa cik bunga kita ?

Advertisement

1. Cuci luka

Sila lah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering2 pakai tisu gulung/tuala, lepas tu ambik masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dalam 5min.

Lepas letak ubat kuning, anginkan lagi 5 minit. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tempat jahitan. Pengering rambut boleh tapi bising sangat bunyi dia.

2. Spray bottle

Beli dekat kedai 2 hinggit je botol spray kecik. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dalam lipatan jahitan tu pun kena.

Ubat kuning kalau habis boleh mintak lagi dekat KK. Kalau pakai kapas dab dab, kadang-kadang tak kena tempat luka tu. Macam saya la mula2. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu-tahu benang atas dah hilang.

3. Kurangkan berjalan tetapi boleh bersenam

Semestinya. Kalau perlu sangat, tolonglah kepit macam tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok. Senaman kegel pun menggalakkan peredaran darah ke tempat luka. Luka lagi cepat sembuh.

4. Tukar pad

Tukar 2 -4 jam sekali. Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. Kalau anak meragam, buatlah kerap mana yang mampu. Tapi jangan tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lagi apa semua. Tolong elak.

5. Vitamin C, zinc

Ambiklah extra vit c. Macam saya tak boleh makan oren sunkist tu sebab perut meragam. Saya ambik vit c tambahan untuk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yang boleh makan oren, lagi baik. Cepat kering.

6. Air garam

Ada kata garam ini cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, macam-macam orang kata. Jadi buatlah sekurang-kurangnya sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lepas buang air. Kalau dapat buat “sitz bath” lagi bagus. Berendam.

7. Buang air

Elak sembelit ye. Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit. Kalau susah nak minum susu, ambik je OSTEOMATRIX kalsium. Sembelit memang akan kacau tempat jahitan tu, takut terbuka. Jangan teran-teran sangat ye.

Ni je asas penjagaan luka jahitan yang misi boleh kongsi.

Yang tambah manjakani, asam keping dan lain-lain tu pilihan, ikut keyakinan diri. Saya tak buat dan tak sarankan sebab tahap kebersihan bahan-bahan tersebut diragui juga dan sebab takut jadi jangkitan jugak.

Sekian.

Kredit : Noor Shafinah Mamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...