7 Tanda Ini Tunjukkan Anda Sememangnya Orang Yang Ego, Kena Tahu!

Trending

7 Tanda Ini Tunjukkan Anda Sememangnya Orang Yang Ego, Kena Tahu!

Confidence-vs-Arrogance‘Perasan bagus’, itulah yang mampu digelarkan pada mereka si egoistik. Sifat ego tak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi kesannya boleh dirasai. Ego juga boleh dikaitkan dengan sombong dan angkuh serta memandang rendah orang lain.

Bila anda ada sifat ego atau rasa diri terlalu bagus, ramai yang tidak menyukai anda dan tiada siapa yang nak dekat dengan anda. Adakah anda seorang yang ego dan bajet bagus? Ketahui tanda-tandanya di bawah ini!

Advertisement

Lupa diri

Mereka yang bersifat ego akan sentiasa tunjukkan diri lebih bagus dan berusaha untuk menutup kelemahan sehingga boleh lupa diri.

Taasub dengan impian

Tidak salah mempunyai impian dan cuba untuk mencapainya. Tapi, kalau dah taksub sangat sampai sanggup lakukan apa sahaja hanya kerana tidak mahu dipandang lemah, ego la tu namanya.

Bangga diri

Tanda anda seorang yang ego ialah anda selalu buat cerita untuk tunjukkan anda antara yang terbaik, sedangkan anda tahu ianya tidak benar.

Dahagakan perhatian

Tak salah kalau nak melawak atau bergurau sekali sekala. Tapi, ia hanya akan memperlihatkan diri anda seorang yang ego jika lakukan melebih-lebih. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.

Ikut kepala sendiri

Bila semuanya kena ikut kepala anda je dan tak nak terima pendapat orang lain, memang sah anda seorang yang ego dan bajet bagus. Orang macam ni memang tak ada kawan.

Perasan bagus

Ketika berbual dengan rakan, anda selalu puji diri anda sendiri seperti fizikal dan penampilan. Ini membuktikan anda membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Memang tak ada sapa nak rapat dengan anda nanti.

Penting diri sendiri

Apabila anda tidak menjaga perasaan orang lain dan hanya penting perasaan sendiri sahaja, itu menunjukkan anda seorang yang ego. Cuba letakkan diri anda di tempat orang tersebut, mesti anda rasa sakit juga kan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.