7 Tahun Bersabar, Suami Akhirnya Fail Cerai Sebab Isteri Pengotor Tak Berubah – “Pad Kotor Waktu Haid Pun Bibik & Saya Kena Buangkan”

Kehidupan

7 Tahun Bersabar, Suami Akhirnya Fail Cerai Sebab Isteri Pengotor Tak Berubah – “Pad Kotor Waktu Haid Pun Bibik & Saya Kena Buangkan”

Tidak kiralah hidup bujang tinggal dengan ibu bapa atau sudah berumah tangga sekali pun, setiap orang perlulah tahu menjaga kebersihan.

Namun, kisah yang dikongsikan seorang individu tentang isterinya yang pengotor mencuri perhatian ramai selepas dia dikatakan memfailkan perceraian disebabkan tidak tahan dengan sikap wanita terbabit.

Advertisement

2 years ago

"Kencing Bersepah, Kahak Kat Sinki.." - Wanita Luah Rasa Menyesal Kahwini Lelaki Pengotor

 

Tak kisah isteri tak buat kerja rumah, ada upah pembantu

Ujar lelaki berkenaan, dia sebagai suami sama sekali tidak kisah jika isterinya langsung tidak membuat kerja rumah kerana ada mengupah orang gaji untuk menguruskan semuanya.

Bagaimanapun, sikap pemalas isterinya itu dikira melampau kerana sudah membabitkan kebersihan diri malah ia bagaikan tidak boleh dibendung lagi.

 

Pad kotor pun malas nak buang sendiri

Ceritanya lagi, kerana mempunyai bantuan di rumah sikap pemalas isterinya semakin menjadi-jadi sehinggakan tuala wanita yang sudah dipakai ketika haid dan kotor dibiarkan begitu sahaja.

Tidak mengambil inisiatif untuk melakukannya sendiri, isterinya tergamak menyuruh pembantu rumah yang diupah itu untuk membuang tuala wanita kotor tersebut.

tuala wanita

Bukan hanya pembantu rumah, ujar lelaki itu ada masanya kadang kala dia yang perlu mengutip dan membuang tuala wanita kotor itu ke dalam tong sampah.

Dah awak tu suami saya, kutip jelah. Banyak pula complain.

– kata isterinya

@adminzai_nal♬ Epic Inspiration – Kidmada

 

Dah banyak kali nasihat

Menurut lelaki itu, dia sudah berkali-kali menasihati si isteri untuk menjaga kebersihan namun wanita tersebut langsung tidak mendengar malah melawan pula apabila ditegur.

Sedangkan jika mahu keluar rumah berjalan-jalan tahu pula isterinya itu memakai pakaian yang cantik, bersolek, berhias cantik dan wangi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai kaum Adam di TikTok malah ada yang berkata memang wujud manusia pemalas dan pengotor sehingga tahap begitu.

komen

Sebab tu orang kata, don’t judge a book by its cover.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...