Pelakon sensasi dan ushawan, Rozita Che Wan dan anak sulung, Ammar Effendy dilaporkan bakal diisytihar muflis oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) susulan kegagalan membayar balik pinjaman yang mencecah RM1 juta.
Perkara itu dimaklumkan agensi itu setelah anak beranak itu dikatakan gagal membayar balik pinjaman semenjak 7 tahun yang lalu.
Pemfailan muflis itu difahamkan diuruskan oleh Bahagian Undang-Undang MARA setelah agensi itu mencuba pelbagai cara sejak dari tahun 2017 untuk mendapatkan kembali wang pinjaman tersebut namun terpaksa membawa kes tersebut ke peringkat mahkamah.
Syarikat RCW Worldwide Sdn Bhd milik aktres itu dilaporkan telah membuat pinjaman sebanyak RM960,000 daripada MARA manakala anak sulungnya itu bertindak sebagai penjamin.
Sementar aitu, pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan pemuflisan tersebut hanya akan dihentikan jika keseluruhan pinjaman tersebut dilangsaikan Che Ta.
Pihak mereka juga dilaporkan tidak akan mempertimbangkan sebarang tempoh lanjutan pembayaran pinjaman setelah pihak mahkamah membuat keputusan akhir mengenai kes tersebut.
“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.” maklum Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.