7 Situasi Ini Di Panggung Wayang Buat Ramai Menyampah, Janganlah Buat!

Trending

7 Situasi Ini Di Panggung Wayang Buat Ramai Menyampah, Janganlah Buat!

9326609_xxlRamai diantara kita menjadikan mononton wayang sebagai aktiviti hiburan di hujung minggu. Lepas penat bekerja, apa salahnya lepaskan tekanan dengan hiburan mononton filem kegemaran sambil menikmati bertih jagung.

Tapi, yang tak bestnya bila ada situasi yang mengganggu sewaktu menonton. 7 situasi ini memang cukup buat kita menyampah!

Advertisement

Orang membebel tanpa henti

Macam tak boleh borak lepas habis cerita. Paling meluat bila ada orang yang tak faham jalan cerita sibuk tanya kawan sebelah.

Bunyi orang berdengkur

Tengah syok tengok wayang ada pulak orang berdengkur. Memang tak boleh fokus la kalau dah dengar bunyi dengkuran.

Pencemaran bau

Memang terus hilang mood kalau tiba-tiba ada bau stoking atau atau pun bau ketiak. Tak pasal-pasal kena tutup hidung sambil tengok.

Kerusi urut

Paling sakit hati apabila masa kita tengah tengok wayang, kerusi kita tiba-tiba jadi kerusi urut dek kerana kaki orang belakang tak reti duduk diam.

Orang buat wayang

Cuba tengok tempat duduk belakang dan paling hujung, mesti ada je pasangan tengah sibuk buat wayang. Meluat rasa.

Orang batuk tanpa henti

Memang stress kalau orang yang dekat dengan kita batuk tanpa henti. Kalau tak sihat jangan tengok wayang. Mengganggu!

Geng gelak kuat

Kalau ye pun cerita tu kelakar, beragak la gelak. Ingat panggung tu kau yang punya ke? Hormat orang sekeliling okay!

Makan & minum berbunyi

Ramai yang menyampah bila orang sebelah makan atau minum berbunyi. Tak ada adab!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.