7 Situasi Di Malaysia Ini Buatkan Anda Minum Air Dulu, Mana Satu Korang Selalu Buat?

Trending

7 Situasi Di Malaysia Ini Buatkan Anda Minum Air Dulu, Mana Satu Korang Selalu Buat?

Pernah tak korang hadapi beberapa keadaan hingga membuatkan korang nak minum air dulu untuk “chillax” sebentar atau hilangkan rasa gementar tu?

Advertisement

Admin pasti setiap orang penah alaminya kan? Namun, bagi mereka yang tak tahu admin kongsikan 7 situasi yang biasanya orang kat Malaysia akan minum air. Korang pernah tak?

1. Sewaktu Memandu

Semua orang pernah buat. Bohonglah kalau tak pernah minum air dalam kereta. Terutamanya bila habit makan dalam kereta selalu buat. So is normal lah kan.

2. Sambil Bersenam/Hiking

Yupp! Untuk kembalikan tenaga, tapi silapnya ada yang minum 1 botol terus sebab haus sangat. Salah tu. Sepatutnya minum air sedikit je, bukan seteguk terus. Nanti terus jadi malas atau penat.

3. Bila “Nervous”

Jenis yang macam ni tak ramai, tapi memang ada. Mereka ni perlu minum air untuk redakan sedikit perasaan resah gelisah tu, terutamanya bila hadapi saat-saat yang sukar dan perlu buat keputusan yang cepat.

4. Bangun Pagi

Tak ramai buat tapi memang ada yang buat. Minum air sewaktu lepas bangun tidur elok untuk kesihatan. Kadangkala bila mimpi je kita akan terjaga dan terasa haus.

5. Minum Sambil Makan

Pun ramai yang buat tak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang dewasa. Tahu kah anda yang sepatutnya adalah kita perlu minum air selepas 30 minit selepas makan. Itu lebih baik sebenarnya.

6. Ketika Didalam Pesawat

Ini salah satu tips berguna pada mereka yang sering alami sakit telinga atau kepala sewakti kapal terbang turun kebawah untuk “landing”. Tekanan udara menyebabkan sakit kepala atau telinga yang amat sangat. Jadi meminum air adalah disarankan bagi mengawal tekanan udara tersebut. Cubalah.

7. Bila Berdepan Dengan Mat Poyo!

Apabila berhadapan dengan orang  yang suka pamer “hebat” dan agak ego kepada anda dan rakan-rakan anda, keadaan keliling jadi sedikit mengecewakan. Jangan bimbang tentang itu, minum dan segarkan diri anda terlebih dahulu. Lihat video dibawah ini dan dapatkan inspirasi bagaimana Mat Sprite dengan tenang jumpa jalan penyelesaian!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...