7 Produk Kosmetik Ini Berbahaya Dan Diarah Hentikan Penjualan Di Pasaran Oleh KKM

Trending

7 Produk Kosmetik Ini Berbahaya Dan Diarah Hentikan Penjualan Di Pasaran Oleh KKM

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Advertisement

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Ketujuh-tujuh produk itu adalah :

1.D’Solve Plus, Nuriz Kosmetik (mengandungi hidrokuinon dan tretinoin)

2. Krim pemutih 3 dalam 1, Nuriz Kosmetik

3. Penyegar wajah Cantiqa, Pusratu Global Academy (hidrokuinon)

4. Penyegar wajah Rzac Platinum, R-ZAC Sdn Bhd (hidrokuinon).

5. Magic Cream, Malia Mellia (merkuri)

6. Krim siang Dnars, Onew Cosmetics (merkuri)

7. Krim malam Dollys Pinky, Legacy Jaya Enterprise (merkuri).

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, mereka yang menjual dan mengedar produk komestik yang disenaraikan itu diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk serta-merta.

Ujarnya, mereka juga diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk kosmetik melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Mereka yang melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.”

“Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.”

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai boleh mengajukan pertanyaan melibatkan produk kosmetik kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-78835400.

“Pengguna dan orang ramai dinasihatkan menyemak status sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/,” katanya.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...