7 Petanda Yang Menunjukkan Anda Berada Dalam Tekanan – Dan Bagaimana Untuk Mengatasinya

Trending

7 Petanda Yang Menunjukkan Anda Berada Dalam Tekanan – Dan Bagaimana Untuk Mengatasinya

Stress” ataupun di dalam Bahasa Melayunya “Tekanan” di dalam kehidupan seharian adalah satu perkara yang normal. Akan tetapi 1 daripada 10 di antara kita, mengalami tekanan yang berpanjangan dan itu adalah satu petanda yang tidak baik.

Advertisement

Bagi mereka berada di dalam keadaan mod “bertengkar” – di mana badan kita dipenuhi dengan adrenalin dan hormon tekanan cortisol – sebenarnya adalah untuk melindungi kita dari bahaya.

Di sini admin nak kongsi 7 petanda yang menunjukkan anda sedang berada di dalam tekanan – dan cara untuk mengatasinya.

1. Masalah Kulit

Tekanan sebenarnya dapat menyebabkan keadaan kulit anda menjadi teruk. Dilaporkan hormon cortisol akan mengeluarkan sebatian radang pada sel kulit yang menyebabkan kulit dijangkiti penyakit seperti ekzema, psoriasis, alopecia, jerawat dan pelbagai lagi.

Keadaan kulit sebegini boleh juga dapat menyebabkan tekanan anda menjadi lebih teruk lagi.

Cara Mengatasi : Pastikan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi bagi mengurangkan hormon cortisol. Pengurangan dalam pengambilan gula juga dapat mengurangkan keradangan. Bagi mereka yang naik jerawat akibat tekanan, pastikan anda tidak mengupas atau mengopeknya, sebaliknya mencuba pelembab mahupun pergi berunding dengan pakar dermalogi.

2. Penurunan Imuniti

Cortisol akan menekan/menindas sel imun, menyebabkan sistem badan kekurangan keupayaan untuk melawan kuman dan virus. Tekanan tahap tinggi pula dapat menyebabkan keadaan autoimmune di mana sel sihat akan diserang oleh sistem imun yang “keliru”.

Cara Mengatasi : Rangsangkan atau galakkan sistem imun anda dengan cara hidup yang sihat. Hindarkan dari merokok dan minum (minuman alkohol), disamping itu lebihkan diet sihat dengan pengambilan buah, sayur-sayuran dan bijiran. Pemeriksaan kesihatan juga sangat digalakkan.

3. Ketidakselesaan Pencernaan

Otak dan sistem penghadapan kita bersambung menggunakan saraf vagus. Jadi apabila berada di dalam tekanan, ia dapat menggangu sistem penghadaman di mana ia mengganggu campuran bakteria (baik dan buruk ) di dalam perut.

Cara Mengatasi : Cuba dapatkan supplement bakteria yang berkualiti baik. Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran yang dapat menolong menambah baik pulih sistem penghadaman dan baik untuk perut.

4. Kebimbangan dan Kemurungan

Kedua-dua ini dapat dikaitkan dengan keadaan tekanan yaang melampau. Tekanan yang melampau selalunya akan menyebabkan anda diserang panik dan tiada mood. Bagi kes yang kronik, ianya dapat menjejaskan daya memori dan konsentrasi anda.

Cara Mengatasi : Melakukan senaman. Senaman akan menghasilkan endorphins – sejenis bahan kimia yang marupakan ubat tahan sakit semulajadi. Senaman seperti yoga sangat digalakkan kerana dapat membantu meredakan tekanan.

5. Intoleransi Makanan

Intoleransi makanan dapat menyebabkan kebocoran usus, di mana protein makanan yang besar akan melintasi peredaran di dalam usus. Ini dapat menyebabkan kekeliruan sistem imun, yang dapat membawa kepada keradangan apabila makanan tertentu di ambil.

Cara Mengatasi : Optimumkan diet makanan seharian. Dapatkan tidur yang cukup dan selalu bersenam.

6. Insomnia

Bagi mereka yang mengalami tekanan tahap tinggi, selalunya mereka akan mempunyai masalah untuk tidur meskipun berasa penat seharian. Situasi tekanan adalah susah untuk ditangani ketika dalam keadaan yang penat yang dapat membawa kepada tekanan yang lebih lagi.

Cara Mengatasi : Pastikan tidur pada masa yang ditetapkan. Cuba untuk menghasilkan persekitaran tidur yang aman dan santai. Contohnya adalah seperti mendapatkan mandian air panas sebelum masuk ke kamar tidur. Selain itu, kurangkan pengambilan kafein dan makanan yang terlalu berat sebelum tidur.

7. Kekurangan Kesuburan & Kemahuan Seks

Hormon tekanan cortisol dihasilkan daripada binaan blok yang sama seperti hormon seks oestrogen, progesterone dan testosterone. Jadi jika badan anda menghasilkan hormon cortisol yang banyak, ianya akan mengimbangi sistem dan menyebabkan seks hormon menjadi sedikit sahaja dihasilkan.

Cara Mengatasi : Makan secara sihat, bersenam dengan kerap dan dapatkan tidur yang cukup. Berbincang secara terbuka dengan teman anda juga dapat mengurangkan lagi tekanan.

Bagi mereka diluar sana yang rasa-rasanya ada tanda-tanda seperti di atas, anda mungkin berada di dalam tekanan. Atasilah tekanan anda itu dengan tips yang dikongsi di atas. Selamat mencuba…

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...