7 Petala Cinta, Filem Cinta Yang Lain Daripada Lain

Hiburan

7 Petala Cinta, Filem Cinta Yang Lain Daripada Lain

Bermula semalam, filem 7 Petala Cinta telah pun mula ditayangkan di pawagam. Ramai yang sudah menontonnya dan sangat berpuas hati. Malah ada yang menyatakan filem cinta ini lebih baik daripada filem Ombak Rindu. Namun bagi Abang Nara, filem 7 Petala Cinta ini mengangkat tema cinta dengan caranya yang sangat unik.

7 petala cinta

Advertisement

Lakonan dan penghayatan watak yang baik  menjadi faktor besar ke atas kejayaan sesebuah filem.  Peranan yang dimainkan oleh Aeril Zafrel, Fizo Omar dan Diana Amir dilihat mampu menghidupkan watak masing-masing. Manakala Shima Anuar, bakat baru yang mendapat kepercayaan pihak MIG turut memainkan peranan yang besar dalam filem ini. Seiring dengan moto MIG “Bintang Dicipta, Bukan Dilahirkan”, nama-nama baru perlu diberi peluang dan dicungkil bakatnya demi menyediakan generasi pelapis untuk industri perfileman negara.

7 petala cinta

Selain itu, Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek membantu mencipta mood komedi dengan sikap gila-gila mereka. Antara lain yang turut sama menjayakan filem ini seperti Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz. Filem yang telah memulakan penggambaran sekitar bulan Jun 2011 ini menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta secara keseluruhan. Bagi menampakkan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi yang mana bersesuaian dengan konsep filem ini, penggambaran dijalankan di kawasan pedalaman Ulu Yam, Selangor.

7 petala cinta

Advertisement

Filem arahan Azhari Zain ini adalah sangat berbeza dengan filem-filem yang dihasilkan beliau sebelum ini. Azhari Zain yang merupakan salah seorang pengarah di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG, dilihat sangat menyerlah dalam bidang pengarahan. Filem-filem arahan Azhari Zain sentiasa mendapat sambutan di pawagam seperti Santau, Zoo, Mantra, 3 2 1 Cinta, Flat 3A dan Keramat. Kini beliau menonjolkan sisi kreativiti yang berlainan dengan menggarap 7 Petala Cinta pula. Filem yang sarat dengan pengajaran ini diharap dapat memberi pedoman kepada penonton selain terhibur dengan jalan ceritanya.

7 petala cinta
7 Petala Cinta akan mula ditayangkan di pawagam pada 15 Mac 2012. Filem-filem lain yang akan menyusul di pawagam seperti 3 Temujanji arahan Hashim Rejab (5 April 2012), Nongkrong arahan Ismail ‘Bob’ Hasim (10 Mei 2012), dan “X”arahan Ollyn Khadri (7 Jun 2012). Sementara itu, 8 Jam dan beberapa filem lain masih menunggu tarikh tayangan.

7 petala cinta

Dan jangan lupa untuk menyertai peraduan 7 Petala Cinta di Facebook David Teo http://www.facebook.com/davidteo99?sk=app_252556351499609 anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPod Touch, Sony Walkman dan hadiah eksklusif dari MIG.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

102 Comments

  1. sendiri mau ingat!

    March 20, 2012 at 12:10 pm

    sgt2 hairan, asal je pgg wtak ustz mst ltak kain dkt bahu, apkh motif kain trsbut? tlg la, dlm khdupn sbnr xde pn ustz2 pkai cmtu, xpyh la nk over sgt okey! yg sg prmpuan lak, konon pkai purdah pkai srung tgn, tp tdung pndk nmpk bntuk dada, stoking xpkai! yg wjib xtutup, pelik2..klau dah twu dri tu jahil, xpyh la nk wt cite agma! len kli kaji btol2 dlu ye sblum nk wt cite..

  2. lala

    March 20, 2012 at 10:04 am

    tp, klu c shima anuar tu betul2 pki2 tdung lagi best..

  3. aku x gile jadik 1st

    March 19, 2012 at 10:39 am

    Sebenarnya saya nie cukup malas hendak mengomen .Tapi saya selaku pelihat dan pemerhati harus juga mengomen .Mungkin anda akan berasa letih membacanya tapi saya tetap mahu menulis sepanjang ini kerana saya begitu berharap anda akan membacanya.Saya merasakan bahawa saya wajib mengomennya dan itu terpulang kepada anda jika anda tidak mahu membacanya.Saya merasakan jika saya mengomen di status anda, saya berasa comment sayalah yang paling bagus dari semua comment-comment yang ada .Mungkin ada yang mulutnya akan berbuih jika membaca comment ini.Tapi saya selaku pengoment akan tetap menulis sepanjang mana comment yang saya dapat tulis.Saya meminta maaf jika comment ini membuatkan anda menyampah .Tapi saya redha dengan keputusan itu.Mungkin dalam fikiran anda, anda berfikir kenapa saya mengomen sepanjang mungkin.Kerana saya sudah jelaskan tadi, saya selaku pengoment harus memberi komen terbaik dari yang terbaik dari pengoment-pengoment yang lain.Bagi saya, ini satu kepuasan bagi saya jika saya dapat mengomentsepanjang yang mungkin dan saya harap comment sepanjang ini dapat memuaskan hati saya dan juga semua pihak.Saya merasakan bahawa anda harus membaca comment ini kerana ini juga salah satu ilmu dan anda harus terokai.Jika saya menulis comment ini sepanjang-panjang mana yang boleh.Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran bertulis saya terhadap komputer.Untuk pengetahuan anda, saya menghabiskan masa selama 30 minit menulis comment ini dan saya berasa ini comment terbaik dari yang terbaik yang pernah saya tulis.Maafkan saya sekali lagi, tapi saya harap anda mengerti comment saya yang begitu panjang ini.Mungkin sekarang nie sebahagian dari pembaca sudah matanya juling kerana pening membaca comment ini.Tetapi ini ialah hakikat, saya tetap mahu mengommentnya.Saya sangat menghargai anda kerana anda sanggup tekan “See More” semata-mata mahu membaca comment saya.Saya sangat terharu dan ini juga membangkitkan semangat saya bagi terus mengomment dan mengomment status anda sebanyak yang mampu.Bagi menulis comment ini, saya telah membeli KFC dan juga PIZZA HUT bagi membolehkan saya tidak keletihan bagi mengoment status anda ini.Kerana saya merasa anda ialah seorang yang sangat bertuah kerana telah mendapat comment saya nie.Mungkin sebahagian suka dengan comment saya ini, dan mungkin juga sebahagiannya tidak suka, tapi saya tetap berharap supaya anda menyukai comment saya kerana saya telah menghabiskan duit bagi membeli KFC dan PIZZA HUT SEMATA-MATA mahu mengomment di status anda ini.Kerja saya mengomment dan ramai sekali menyampah dan ada juga orang ketawa melihat comment saya yang begitu panjang lebar nie.Saya berharap selama anda membaca comment saya ini.Sedikit-sebanyak ada juga ilmu yang akan masuk ke kepala otak anda.Sebenarnya saya berfikir mahu menulis lagi.Tetapi saya fikir cukuplah comment saya setakat ini kerana saya berfikir, mesti ada orang sudah masuk hospital gara-gara membaca comment saya ini.Sekian saja di sini.Dan terima kasih sekali lagi kerana sudah membaca comment saya sehingga di akhirnya.

    • ms.tiru

      March 19, 2012 at 3:40 pm

      ce kira berapa byk perkataan ‘comment’ keh5

    • tukang komen

      March 19, 2012 at 3:41 pm

      brp byk ‘comment’ daa

    • kekasihbotak

      March 19, 2012 at 5:41 pm

      hahaha sempoi lah *aku x gile jadik 1st..
      sparrow mate aku dowh bce komen kau.

    • lara_hati

      March 19, 2012 at 8:30 pm

      Mula2 mmg nak angin dah baca komen ko…tp bila makin lama baca..makin nk tergelak…ko ni kreatif gak..selain dari tu bleh mengundang..thumb down sebnyk mungkin haha..at least ceria jap ptg aku.

    • cemberut

      March 20, 2012 at 12:58 am

      aku nak like 893287347032740x tp ley like skali jer..
      wat novel msti laku neyh..

    • Naziman

      March 21, 2012 at 6:11 am

      pendeknyaaaaaaaa….hahhaha

  4. aku x gile jadik 1st

    March 19, 2012 at 10:30 am

    suka cite2 cam gini..hope terbitkan cite2 cam gini cam indonesia..ada rasa keislaman sikit.org2 sekarang pon suka cite cam gini..apa aku melalut nie

  5. stormz

    March 19, 2012 at 12:40 am

    nara kalau beri komen semua cerita best, lain dari lain lah, wajib tonton lah, sumpah best…..hehe tak apelah nara dah kerja ko kot

Loading...