Bermula semalam, filem 7 Petala Cinta telah pun mula ditayangkan di pawagam. Ramai yang sudah menontonnya dan sangat berpuas hati. Malah ada yang menyatakan filem cinta ini lebih baik daripada filem Ombak Rindu. Namun bagi Abang Nara, filem 7 Petala Cinta ini mengangkat tema cinta dengan caranya yang sangat unik.
Lakonan dan penghayatan watak yang baik  menjadi faktor besar ke atas kejayaan sesebuah filem. Peranan yang dimainkan oleh Aeril Zafrel, Fizo Omar dan Diana Amir dilihat mampu menghidupkan watak masing-masing. Manakala Shima Anuar, bakat baru yang mendapat kepercayaan pihak MIG turut memainkan peranan yang besar dalam filem ini. Seiring dengan moto MIG “Bintang Dicipta, Bukan Dilahirkanâ€, nama-nama baru perlu diberi peluang dan dicungkil bakatnya demi menyediakan generasi pelapis untuk industri perfileman negara.
Selain itu, Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek membantu mencipta mood komedi dengan sikap gila-gila mereka. Antara lain yang turut sama menjayakan filem ini seperti Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz. Filem yang telah memulakan penggambaran sekitar bulan Jun 2011 ini menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta secara keseluruhan. Bagi menampakkan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi yang mana bersesuaian dengan konsep filem ini, penggambaran dijalankan di kawasan pedalaman Ulu Yam, Selangor.
Filem arahan Azhari Zain ini adalah sangat berbeza dengan filem-filem yang dihasilkan beliau sebelum ini. Azhari Zain yang merupakan salah seorang pengarah di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG, dilihat sangat menyerlah dalam bidang pengarahan. Filem-filem arahan Azhari Zain sentiasa mendapat sambutan di pawagam seperti Santau, Zoo, Mantra, 3 2 1 Cinta, Flat 3A dan Keramat. Kini beliau menonjolkan sisi kreativiti yang berlainan dengan menggarap 7 Petala Cinta pula. Filem yang sarat dengan pengajaran ini diharap dapat memberi pedoman kepada penonton selain terhibur dengan jalan ceritanya.
7 Petala Cinta akan mula ditayangkan di pawagam pada 15 Mac 2012. Filem-filem lain yang akan menyusul di pawagam seperti 3 Temujanji arahan Hashim Rejab (5 April 2012), Nongkrong arahan Ismail ‘Bob’ Hasim (10 Mei 2012), dan “Xâ€arahan Ollyn Khadri (7 Jun 2012). Sementara itu, 8 Jam dan beberapa filem lain masih menunggu tarikh tayangan.
Dan jangan lupa untuk menyertai peraduan 7 Petala Cinta di Facebook David Teo http://www.facebook.com/
Naziman
March 18, 2012 at 1:20 am
Apa maksud petala ya?
Ami
March 18, 2012 at 7:43 am
lapis
aku x gile jadik 1st
March 19, 2012 at 10:40 am
lapisan
maria paridah
March 17, 2012 at 9:20 pm
masa tgk muve lain nmpk poster filem ni..
terperasan. 2perempuan tu bertudung tapi pendek nmpk dada
yg berniqab pun sama …berniqab tp bukit terpampang….
aku tak bertudung tak pelah…hahhahaa
oya
March 17, 2012 at 6:49 pm
cam tak kena jer gaya bpurdah tu….. warna terang, lebih kpd nak tunjuk fesyen…. ada baiknya cari pelakon yg betul2 pakai tudung supaya tak la nampak hipokrit lakonannya…..
Pingback: 7 Petala Cinta, Filem Cinta Yang Lain Daripada Lain | HatiBlogger [dot] Com
lavender
March 17, 2012 at 10:23 am
bg aku la kan,lbh baik carik pelakon yg benar2 bertudung utk watak bertudung ni supaya dia xnmpk fake…so ble nk promo filem,xde la terpaksa pakai tp bl kt luar pakaian nauzubillah…setakat sopan k la g,ni mcm xcukup kain..baru la filem 2 nmpk real skit..n penonton tidak ditipu oleh pelakon2 yg berlakon ni (konon baik)…
mintun
March 17, 2012 at 12:05 pm
sorang lagi.
Dah namanya berlakon. Tipu penonton apa kejadahnya pulak ni? Kalau dia cakap saya memang pakai tudung…tapi sebenarnya tak pakai tudung…barulah menipu namanya.
Lols
March 18, 2012 at 2:56 am
Aah mintun, skarang baru sya nmpak awak berpihak kat mana.
Tak kisah pon dia tak bertudung kat luar, tp masalahnyer pelakon purdah tu nmpak tak real dan fake DALAM lakonannyer. Amacam tu?
Cik mintun sentap knp? Awak ke pelakon tu? Hehehe
Anyways, tak berkenan baju terang2 tu, sbb kat dunia sebenar, tak penah saya jumpa wanita yg alim berpakaian sedemikian rupa. Silap kat penulis or pengarah or pengarah tema.. Mmg nmpak lawa tp audiens dah tak boleh relate citer tu ngan kehidupan sebenar.