Semalam tersebar di video dan gambar yang menunjukkan staf J&T hilang pertimbangan dengan mencampak barang pelanggan di salah satu hub mereka.
Bagaimanapun, kenyataan rasmi dari pihak J&T yang menjelaskan segala isu yang berbangkit termasuklah isu permotongan gaji pekerja dan aduan pelanggan yang mendakwa barangan makanan dan minuman telah dicuri oleh pekerja dari bungkusan.
Satu lagi permohonan maaf dari tujuh orang pekerja yang terlibat dalam video yang tersebar semalam turut telah dilakukan hari ini.
Tujuh pekerja syarikat kurier, J&T Express Perak itu membuat permohonan maaf kerana perbuatan mencampak barang pelanggan yang telah membangkitkan kemarahan ramai orang.