Sedia maklum, semalam seramai 123 pelajar Malaysia yang berada di Bangladesh telah selamat dibawa pulang ke tanah air susulan berlakunya konflik yang kini sedang berlaku di sana.
Pelajar Malaysia kongsi detik cemas di Bangladesh
Telah selamat sampai di tanah air, pelajar Malaysia di Bangladesh itu berkongsikan detik-detik yang menakutkan buat mereka apabila berada negara itu.
Salah seorang pelajar perubatan Malaysia yang bernama Mohd Haziq Syahmi berkata protes yang berlaku di hampiran universitinya sangat ganas.
Ramai yang terbunuh. Tujuh orang ditembak di kawasan saya. Kami sangat takut.
Dapat arahan tembak
Katanya lagi, sewaktu protes tersebut berlaku, sambungan Internetnya turut dipotong sejak Khamis lalu.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar Malaysia bernama Syazanna Amira berkata dirinya terdengar dakwaan tentang pasukan keselamatan Bangladesh mengeluarkan perintah untuk tembak sesiapa saja yang melanggar larangan perintah berkurung.
Kami melihat orang ramai membawa senjata untuk rusuhan. Rakyat Bangladesh menasihatkan kami untuk pulang ke Malaysia kerana keganasan semakin teruk.