7 Manfaat Ini Korang Akan Dapat, Jika Jadi Penggemar Sayur Bayam!

Trending

7 Manfaat Ini Korang Akan Dapat, Jika Jadi Penggemar Sayur Bayam!

54ebc992ce15a_-_05-woman-eating-spinach-salad-s2Sayur bayam merupakan sayur berdaun hijau yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kecantikan.

Mesti ramai yang tak tahu bahawa bayam mampu melawan proses penuaan kerana kaya dengan antioksidan seperti vitamin A, C, magnesium, zat besi, kalium dan asid oxilic.

Advertisement

Sapa yang ada masalah kulit seperti ekzema atau kulit kering tu, rajin-rajin la makan bayam okay!

Ini antara beberapa manfaat kecantikan yang anda boleh dapat dari bayam!

1. Merangsang pertumbuhan rambut

Bayam kaya dengan vitamin B, C, E, potasium, magnesium, zat besi, dan asid lemak omega 3 yang penting untuk pertumbuhan rambut. Zat besi pula membantu sel-sel darah merah membawa oksigen ke folikel rambut untuk kekuatan setiap helaian rambut.

2. Mencegah rambut gugur

Zat besi yang ada dalam bayam dapat membantu mencegah rambut gugur. Minum segelas jus bayam dapat membantu mencegah rambut gugur secara semulajadi.

3. Meremajakan kulit

Kandungan vitamin A meningkatkan warna kulit. Vitamin C memainkan peranan penting untuk pertumbuhan semula sel. Kedua-dua kandungan ini membantu memperbaiki kulit yang rosak dan meratakan warna kulit.

4. Membuat kulit bercahaya

Vitamin K di dalam bayam membuatkan kulit jadi bersinar, serta mengurangkan noda dan bintik-bintik gelap pada kulit. Bayam mampu mengurangkan jerawat dan menghilangkan lingkaran hitam.

5. Anti Penuaan

Bayam mengandungi antioksida yang mampu memusnahkan radikal bebas dalam tubuh. Ia juga membantu memerangi kedutan, garis-garis halus dan mengetatkan kulit yang kendur.

6. Sunscreen

Vitamin B yang dalam bayam cukup berkesan melindungi kulit daripada sinar ultra violet. Sinar berbahaya boleh menyebabkan kerosakan kulit, kanser kulit, dan penuaan awal. Antioksidan dalam bayam berperanan sebagai pelindung matahari semula jadi.

7. Mengatasi jerawat

Bayam sangat berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Bayam membantu menghilangkan jerawat dengan membersihkan racun dari saluran pencernaan dan aliran darah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...