7 Makanan Yang Bagus Untuk Tubuh Ketika Anda Selesema

Trending

7 Makanan Yang Bagus Untuk Tubuh Ketika Anda Selesema

Selesema dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh penduduk di dunia. Secara purata, golongan dewasa biasanya mengalami selesema 2 ke 5 kali jangkitan setahun manakala golongan kanak-kanak dan geriatrik pula mengalami jangkitan pada kadar yang lebih tinggi.

Advertisement

Secara semulajadi, selesema dan batuk merupakan mekanisme pertahanan diri yang biasa berlaku untuk mencegah jangkitan kuman.

Di dalam terminologi perubatan, batuk didefinisikan sebagai tindak balas refleks yang distimulasikan oleh keradangan pada permukaan mukosa pernafasan di saluran paru-paru dan tekak.

Batuk tidak akan merosakkan paru-paru malah ia membantu membersihkan paru-paru dan saluran udara anda daripada bendasing yang telah memasuki rongga hidung dan tekak melalui tindakan refleks tersebut.

Jennifer Mc Daniel katanya, apa yang penting adalah memperkuat sistem imunisasi badan.

“Kami di sini untuk membantu. Tentera imunisasi badan memerlukan makanan dan nutrisi yang bagus, serta pemakanan yang konsisten,” ujarnya seperti yang dipetik Men’s Fitness.

1) Sup

Sup merupakan salah satu makanan yang baik untuk sistem imuniti badan manusia. Apa yang menarik mengenai sup adalah ia boleh dicampur dengan pelbagai bahan yang berkhasiat bagi memastikan ia mengandungi pelbagai zat dan vitamin untuk kesihatan.

Dan apabila berbicara mengenai diet untuk mencegah, kita mahukan makanan yang bermacam-macam. Ini bermakna bahan seperti ayam yang tinggi zink dan zat besi serta lobak yang kaya dengan vitamin C boleh diletakkan dalam sup,” ujar Mc Daniel.

Selain itu katanya, roti juga membantu merembeskan lendir dan melindungi badan dari bakteria lain.

2) Teh Hijau

Teh hijau dikenali sebagai herba yang dapat membantu imuniti badan manusia. Kandungan ‘Catechin’ di dalamnya adalah bahan yang penting dalam diet imuniti.

“Catechin adalah antioksidan yang telah terbukti membantu dalam pencegahan virus, terutamanya apabila anda sudah sakit teh hijau dapat mengurangkan virus,” kata McDaniel.

3) Madu

Madu adalah salah satu cecair yang berkesan untun menenangkan kerongkong anda dan mengurangkan batuk.

Madu juga boleh membantu mengatasi pencernaan dan refluks asid.

Daripada menggunakan gula dalam kopi anda, gantikannya dengan madu. Atau cuba epal yang dicelupkan dalam madu untuk snek yang enak.

4) Bawang Putih

Bawang putih menghasilkan antioksidan yang kuat yang melindungi tubuh daripada diserang kuman

“Ada kajian menunjukkan apabila individu itu mengambil suplemen bawang putih selama sekurang-kurangnya 12 minggu, mereka akan kurang mendapat selesema.

Bawang putih juga boleh menghasilkan antioksidan yang kuat yang melindungi tubuh daripada diserang kuman.

5) Yogurt

Yogurt merupakan salah satu dari product ternusu yang mengandungi probiotik penting, atau ‘bakteria baik’, yang boleh membantu mengurangkan bakteria jahat yang membawa penyakit.

“Adalah lebih baik jika kita dapat melindungi diri kita dengan bakteria baik,” kata McDaniel.

6) Buah Oren

Buah-buahan masam seperti oren mengandungi Vitamin C dalam kuantiti yang besar untuk dibekalkan kepada tubuh badan.

Apabila anda mula rasa seram sejuk seperti diserang selesema, perkara pertama yang muncul di kepala anda mungkin vitamin C. Walaupun kajian masih dijalankan sama ada ia benar-benar menghalang selesema, kita tahu bahawa membantu untuk meminimumkan beberapa gejala yang berkaitan dengan selesema, ” jelas McDaniel.

Buah-buahan masam seperti oren menyalurkan Vitamin C dalam kuantiti yang besar .

Dan jangan bimbang tentang mempunyai terlalu banyak vitamin: Ia larut dalam air, jadi apa yang tidak anda gunakan ia kan disalurkan melalui pembuangan air kecil.

7) Keledek

Kajian menunjukkan keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink

Keledek mengandungi vitamin C yang tinggi, tetapi vitamin A yang menarik perhatian kita sebagai makanan yang meningkatkan imuniti.

“Vitamin A benar-benar penting untuk membran mukus yang mengalir dalam hidung dan tekak,” kata McDaniel.

“Dan itu benar-benar dadalah garis pertahanan pertama,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, McDaniel menekankan bahawa anda memerlukan diet yang lengkap untuk sistem imun berfungsi sepenuhnya.

“Pastikan anda mendapat sedikit protein dengan setiap hidangan untuk membantu badan anda membina antibodi,”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...