7 Makanan Yang Anda Biasa Makan Ini, Punca Terjadinya Jerawat. Jaga Makan Ok!

Trending

7 Makanan Yang Anda Biasa Makan Ini, Punca Terjadinya Jerawat. Jaga Makan Ok!

17muc9j16s2mhjpgMesti korang ada rasa marah dan geram bila tengok ada jerawat bermaharajalela di wajah. Punyalah jaga dengan elok lepas tu muncul tetiba. Huh sakit hati!

Mungkin anda dah amalkan penjagaan wajah yang betul, tapi jerawat tetap nak jadi‘kawan baik’ anda.

Advertisement

Apa puncanya? Pernah tak anda cuba perhatikan pemakanan anda. Jangan la pakai bedal je makan tanpa tahu kesannya pada kulit anda. Walaupun anda jenis suka makan, tapi sila lah kawal ye.

Hah..7 makanan sedap ini mungkin jadi punca terjadinya jerawat.

1. Susu skim

Kajian mendapat mereka yang minum susu skim akan mengalami masalah jerawat berbanding mereka yang tidak minum. Ini kerana kandungan protein yang berbeza di dalam susu skim.

2. Ais krim 

Pelik kan? Kajian menunjukkan ais krim menjadi punca terjadinya jerawat. Ini kerana kandungan gula didalamnya menyebabkan keradangan pada kulit.

3. Kerepek kentang

Makanan ini adalah punca terbesar. Karbohidrat di dalamnya mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan keradangan dan terjadinya jerawat.

4. Coklat

Kajian mendapati, kadungan tenusu dan gula didalam coklat jadi penyebab masalah kulit. Kedua-dua gabungan tersebut merupakan kombinasi ‘maut’ untuk kulit berjerawat.

5. Makanan pedas & berempah

Penggunaan rempah dan makanan pedas jadi punca terjadinya jerawat dan buatkan jerawat lebih teruk. Ini kerana makanan yang pedas dan berempah kebanyakannya berminyak.

6. Say Cheese! 

Keju boleh mencetuskan letusan hormon insulin dalam badan yang membuatkan sel-sel anda menyerap lebih banyak gula. Oleh kerana insulin berlebihan, maka terjadinya jerawat.

7. Pizza

Disebabkan pizza mengandungi produk tenusu dan mempunyai lelehan keju, jadi makanan ini membuatkan jerawat tumbuh lebih banyak dari biasa. Sedihnya tak boleh makan pizza!

 Terkejut? Haaa lepas ni jangan ikut sedap makan je okey!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...