7 Makanan Diet Untuk Dapatkan Pinggang Yang Langsing

Trending

7 Makanan Diet Untuk Dapatkan Pinggang Yang Langsing

Hari ini wujud pelbagai diet demi membantu masyarakat yang ingin sihat dan memiliki tubuh yang cantik. Jika anda sedang menjalani diet yang membolehkan anda memakan makanan yang sihat.

Ini merupakan 7 makanan yang dapat membantu anda untuk melangsingkan pinggang seperti model catwalk.

Advertisement

1) OATMEAL

Oat merupakan bijirin yang mengandungi serat yang tinggi yang akan membuatkan ada rasa kenyang lebih lama berbanding mengambil bijirin lain.

Selain itu, ia juga mengandungi vitamin B3 yang tinggi dimana akan membantu tubuh menjaga kadar gula dalam darah dan meminimalisasi lemak dalam tubuh.

Jika anda ingin membeli oatmeal, pilih lah oatmeal yang mempunyai kandungan gula yang rendah dan amalkan oatmeal dengan campuran yang berkhasiat seperti air dan susu rendah lemak.

2) CILI

Jika anda memakan cili dengan kuantiti dan cara yang betul, ia akan memberi tenaga yang banyak untuk aktiviti harian anda. Cili dapat membantu badan dalam proses pengeluaran tenaga serta membantu pembakaran kalori lebih besar. Ia disebabkan kandungan capcaisin dan dyhidrocapsiate yang berasa dalam cili tersebut yang membantu pembakaran kalori selepas beberapa jam anda memakan cili.

3) TELUR

Menurut kajian dari Rochester Centre for Obesity America, memakan telur untuk sarapan akan menghadkan pengambilan kalori untuk badan sehingga 400 kalori sehari. Pengambilan telur yang disyorkan adalah 2 biji pada waktu pagi untuk membantu anda menurunkan berat badan.

Kandungan lemak baik dan protein yang tinggi dalam telur juga akan membantu membentuk otot dan meningkatkan metabolisme badan.

4) TEH HIJAU

Teh hijan adalah antara makanan yang menjadi pilihan pengamal diet.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh hijau bisa membuat metabolisme tubuh dan pembakaran lemak dalam tubuh meningkat.

Tips dalam diet teh hijau adalah minum teh hijau sebelum makan dan atau satu jam sebelum bersukan agar proses pembakaran lemak lebih maksimum. Namun ada satu kajian yang menyatakan anda tidak perlu meminum teh hijau dengan banyak, mereka mencadang pengambilan teh hijau hanya 2.5 cawan satu hari untuk membantu badan membakar lemak.

5) COKLAT

Coklat yang disyorkan dalam diet adalah dark chocolate dengan 70 peratus kandungannya. Kandungan catechins yang tinggi pada coklat hitam akan membuat proses metabolisme dalam tubuh meningkat dan proses pembakaran lemak lebih maksimum.

Satu kajian dari Will Clower.Ph.D mencadangkan memakan coklat 20 minit sebelum dan 5 minit selepas makan tengah hari atau makan malam mampu memotong selera anda sehingga 50%.

6) KACANG WALNUT

Kacang Walnut mengandungi protein dan lemak omega 3 yang tinggi, lemak baik akan mengaktifkan gen yang mencegah tubuh untuk menyimpan lemak di bahagian perut dan membuatkan proses diet lebih mudah.

Walnut mengandungi 2.5 gram ALA(alpha-linolenic acid) untuk satu hidangan yang membuatkan kacang ini kaya dengan sumber kebaikan acid lemak.

7) TEMBIKAI

Selain kaya dengan kandungan air, tembikai juga merupakan sumber vitamin A, C dan asid amino yang baik. Asid amino dalam tembikai akan merangsang sensitiviti insulin dalam tubuh hingga memacu tubuh untuk menggunakan lemak lebih banyak.

Diet diet juga, senaman jangan lupa. Tak guna diet yang anda buat jika tidak diimbangi dengan senaman yang sihat. Senaman juga dapat membantu tubuh anda untuk membakar lebih banyak lemak dan menstabilkan tubuh anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...