February 21st, 2020

Selepas membuat kemunculan tanpa mengenakan hijab di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), baru-baru ini, penerbit terkenal Datuk A.Aida mendedahkan tujuh orang lelaki datang mahu memikatnya. Mempunyai tubuh badan yang langsing dan menawan, tidak hairanlah jika produser drama itu menjadi kegilaan ramai lelaki.

7 lelaki pikat a.aida

Namun, dia menolak kesemua lelaki itu kerana tidak memiliki kriteria yang diinginkan. Kata A.Aida jika hendak memikatnya, lelaki itu haruslah bertubuh sasa lengkap dengan ‘six pack’.

Selepas AJL hari tu ada tujuh orang yang datang mahu memikat tetapi saya tolak. Jika mahu berdampingan dengan saya, perlu ada six pack dan sado. Kalau boroi pergi jauh-jauh.

lelaki pikat a.aida

Saya belum bertemu pengganti. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang sasa. Sekarang saya gembira dengan status solo. Tetapi tidak tahulah jika satu hari nanti Tuhan buka pintu hati saya.

Tidak menafikan keputusannya membuka tudung dikecam ramai tetapi A.Aida berasa gembira dengan penampilan terbarunya. Ramai memuji bentuk tubuhnya yang mantap dan raut wajahnya yang cantik hingga disamakan dengan penyanyi terkenal Hollywood, J-Lo.

Semua memuji penampilan saya. Setiap pagi saya mengamalkan kolagen, sarang burung, plasenta dan pelbagai lagi. Ramai mengatakan wajah saya seiras Kilafairy dan Tasha Shila, malah seperti J-Lo.

a.aida buka tudung

Fuh! Disamakan macam J-Lo sebab itu harus mencari pasangan yang sesuai dan ‘sado’, barulah secocok kan? Semakin laris nampaknya A.Aida, mungkin satu hari nanti akan ada lelaki berbadan sasa yang mampu memikatnya.

Sumber Berita : Media Hiburan


23 responses to “7 Lelaki Datang Pikat A.Aida Sejak Buka Tudung”

  1. Anonymous says:

    Bangga nya ye bile da bkk hijab.. Bangga nya bile ada yg memuji2… Sedar2 lah awk tu bkn muda sgt lg dah…

  2. Siti Kesum says:

    apa guna 70 lelaki sekalipon yg dtg semuanya tak berguna.

  3. Mommy says:

    Ko bukak tudung then dipikat 7 lelaki, mcmtu pun ko bangga ke… Plisss la… Geli la dgr

  4. Anonymous says:

    Geli geli geli da kawin berkali2 masih eksyen di pikat lelaki dia nak duit awak jee hati2 lah

  5. mykids_03 says:

    MATI ITU PASTI…xlambat xcepat bila sampai waktunya….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...