7 Langkah Berjaga-Jaga Untuk Peniaga Kecil Dan Sederhana Yang ‘Terduduk’ Akibat COVID-19

COVID-19

7 Langkah Berjaga-Jaga Untuk Peniaga Kecil Dan Sederhana Yang ‘Terduduk’ Akibat COVID-19

Pada 16 Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah memutuskan perlaksanaan sesebuah Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal dan membendung jangkitan Covid-19 untuk tempoh masa 14 hari, bermula daripada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

8 hours ago

Enam Lelaki Didakwa Amang Seksual Gadis 16 Tahun Bergilir-Gilir Dalam Satu Rumah, Seorang Bakal Pengantin & Bakal Bertunang

Advertisement

Selama tempoh 14 hari ini, Kerajaan Malaysia juga mengeluarkan sesebuah Warta Kerajaan Persekutuan bertajuk Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, [“Peraturan Pencegahan 2020”] bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan ini oleh semua pihak.

Kebanyakan SME yang tidak termasuk ke dalam kumpulan 22 Perkhidmatan Perlu, kemungkinan besar akan mengalami rintangan dari segi jualan dan pendapatan, disebabkan kadar permintaan yang menurun keseluruhannya dan pengawalan ketat terhadap rantaian bekalan.

Bagi mengatasi cabaran tempoh 14 hari ini, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh Usahawan SME bagi memastikan transisi 14 hari ini tidak akan menjejaskan operasi perniagaan SME.

1. Pastikan anda meneliti simpanan

ringgit malaysia

Bagi membantu perancangan kewangan SME sebelum, semasa dan selepas tempoh 14 hari ini, para usahawan seharusnya peka terhadap simpanan mereka dan memastikan simpanan mereka adalah stabil dan berupaya untuk bertahan atau beroperasi selama tempoh 14 hari ini.

2. Kurangkan kos bahan-bahan yang tidak perlu

Demi memperkasakan langkah pertama di atas, pengurangan kos ke atas sebarang bahan-bahan yang tidak perlu dapat memastikan simpanan para usahawan akan berada dalam keadaan yang stabil. Contoh perkara yang tidak perlu adalah subscription yang dibayar bagi sebarang fasiliti yang tidak boleh digunakan dalam tempoh sebegini, seperti gym dan sebagainya. Dengan cara ini, para usahawan akan dapat berjimat daripada kos-kos yang tidak perlu.

3. Jaga kesihatan dan kebajikan para pekerja anda

Selama tempoh 14 hari ini juga, para pekerja berkemungkinan tidak bersedia dan tidak biasa dengan perlaksanaan bekerja dari rumah. Ada juga dalam kalangan mereka yang berkemungkinan termasuk dalam kumpulan 22 Perkhidmatan Perlu, yang datang bekerja seperti biasa tetapi terasa sunyi dan tidak biasa akibat penutupan perniagaan-perniagaan dan kedai-kedai sekeliling.

covid-19

Usahawan dan pemilik perniagaan seharusnya memastikan semua pekerja di bawah mereka bersedia menghadapi tempoh 14 hari ini dari sudut fizikal, mental dan emosi mereka dan memberi kepada mereka bimbingan serta galakkan untuk bertahan selama tempoh ini. Pemantauan berkala juga harus dilakukan terhadap pekerja-pekerja bagi memastikan mereka telah mengikut arahan dan garis panduan kerja yang telah ditetapkan bagi menjalankan kerja dari rumah.

4. Pinjaman di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

SME yang menghadapi kesulitan dari segi aliran tunai dan yang memerlukan bantuan kewangan semasa ataupun selepas tempoh ini, boleh memikirkan untuk memohon pinjaman di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, yang khasnya diperkenalkan untuk menghadapi kekangan ekonomi yang dibawa oleh wabak Covid-19.

5. Memaksimakan penggunaan teknologi

Sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, disebabkan ramai pengguna/pelanggan akan bergantung kepada internet/ media sosial untuk mendapat maklumat terkini selama tempoh ini, tempoh ini merupakan peluang terbaik bagi usahawan melancarkan aktiviti marketing di atas internet/media sosial bagi menarik perhatian para pengguna/pelanggan.

cellphone

Tambahan pula, perkhidmatan e-dagang merupakan antara 22 Perkhidmatan Perlu yang ditetapkan di bawah Peraturan Pencegahan 2020, para Usahawan yang memiliki fasiliti e-dagang boleh meneruskan penjualan mereka sewaktu tempoh ini.

6. Meluhurkan perkhidmatan pelanggan

Berkait rapat dengan langkah kelima di atas, SME-SME yang dapat menunjukkan perkhidmatan pelanggan yang mengagumkan pada tempoh ini, akan mendatangkan publisiti positif yang mampu menjana sokongan para pengguna/pelanggan terhadap produk/perkhidmatan pada jangka masa panjang. Contohnya, perkhidmatan pelanggan yang menjaga kebajikan warga emas dan golongan OKU pada tempoh ini akan mendapat sokongan dan diterima dengan amat baik oleh semua pihak.

7. Realistik dan membuat perancangan jangka panjang yang sewajarnya

Sekiranya, aliran tunai SME bermasalah atau menjadi lemah sewaktu tempoh ini, para usahawan haruslah membuat perancangan kewangan semula bagi memastikan kos-kos yang dihadapi sewaktu dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan ini dapat dikawal dengan baik. Sebarang perancangan kewangan seharusnya mengambil kira keadaan semasa dan mengambil kira rancangan jangka panjang sesebuah SME.

Saya merasai jerih perih anda semua. Semoga langkah-langkah ini sedikit sebanyak membantu anda semua.

“We don’t grow when things are easy,
We grow when we face challenges.
That’s the real spirit of entrepreneur.”

akmal sk

Artikel ini telah disumbangkan sepenuhnya oleh saudara Akmal SK menerusi perkongsian di laman Facebook beliau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...