Jika ditanya kepada rakyat Malaysia makanan kegemaran mereka, pastinya ramai yang memberi jawapan laksa sebagai pilihan. Paduan rasa masam, masin, pedas ditambah pula dengan bahan sampingan dihidangkan bersama juadah ini, memang tidak hairanlah menjadi pilihan ramai. Tahu tak kita ada 9 jenis laksa di Malaysia rupanya, korang tahu ke semua?
Laksa Penang
Paling popular dan diterima segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Sebab itulah ianya senang didapati dan dijual di pasar malam, tepi jalan mahu pun restoran terkenal.
Lebih banyak isi ikan digunakan dalam kuahnya, lebih mantap rasa kuahnya. Ditambah pula dengan petis udang dan hirisan nanas, semangkuk tak cukup!
Laksa Terengganu
Di Terengganu, ada pilihan kuah laksa sama ada merah atau putih mengikut selera masing-masing. Tekstur kuahnya pekat dari isi ikan dan berlemak dari santan dan rencah lain. Dimakan pula dengan hirisan ulam dan sambal, memang sedap.
Laksa Johor
Apa yang uniknya mengenai laksa ini adalah penggunaan spaghetti berbanding mi dari tepung beras dan tepung gandum untuk laksa di negeri lain. Warna kuahnya perang kemerahan dan pekat, kena makan pakai tangan barulah stail Johor.
Laksa Sarawak
Kuahnya berwarna kemerahan dan sedikit pekat kerana penggunaan sambal belacan atau sambal udang kering yang dicampur dengan serai, bawang putih, lengkuas, asam jawa dan santan.
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kuala Perlis ini lain dari segi pembuatan laksa berasnya yang dibuat menggunakan tepung ubi kayu, tepung beras dan beras kisar. Tekstur laksa ini juga sedikit halus berbanding laksa beras biasa.
Laksam
Laksam mengunakan kuey teow yang diperbuat daripada tepung beras dan digulung sebagai mi. Untuk kuahnya, ia merupakan kuah berlemak yang dibuat menggunakan santan dan ikan rebus sebagai bahan-bahan utamanya.
Laksa lemak Kedah
Laksa lemak Kedah menggunakan laksa beras sebagai mi dan kuahnya pula merupakan kuah lemak dan warnanya kuning. Bahan utama untuk kuah lemak ini lebih kurang dengan kuah laksa Penang, namun ianya ditambah dengan santan.
Selera Tradisi Bersama Gasul
Ada bermacam menu warisan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Apa resepi kegemaran korang? Buktikan kejaguhan korang di dapur dengan menyertai Peraduan Selera Tradisi Bersama Gasul dan berpeluang menang hadiah sehingga RM30,000*!
Ikuti 3 langkah mudah ini:
1.Like dan ikuti Facebook Petron Malaysia.
2.Muat naik gambar atau video masakan bertemakan warisan.
3.Gunakan hashtag #SeleraTradisiBersamaGasul dan jangan lupa tag @Petron_Malaysia.
10 resepi paling kreatif berpeluang memasak secara langsung secara langsung bersama tetamu khas. Antara hadiah lumayan menanti adalah perkakasan dapur, baucar Lotus’s, wang tunai, hamper dan Gasul 14kg.
Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook Petron Malaysia. Jom sertai sekarang.
*Tertakluk terma & syarat.