7 Jenama Kereta Ini Dipanggil Semula JPJ Kerana Guna Beg Udara Takata

Automotif

7 Jenama Kereta Ini Dipanggil Semula JPJ Kerana Guna Beg Udara Takata

Anda semua pasti tahu bahawa dalam setiap kenderaan pasti mempunyai beg udara demi menjaga keselamatan anda jika berlaku kemalangan yang tidak diduga.

Tetapi satu perkara yang anda semua perlu tahu bahawa beg udara jenama Takata tidak dijamin keselamatan.

Ini telah diumumkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengenai tujuh jenama yang terlibat dalam masalah melibatkan beg udara Takata.

Antara jenama yang terlibat adalah Mitsubishi, Subaru, BMW, Honda, Nissan, Toyota dan Mazda.

Advertisement

Jika dilihat dalam senarai yang dikeluarkan jenama kenderaan tempatan seperti Proton dan Perodua tidak tersenarai.

Rata-rata netizen telah memuji mengenai kecekapan jenama tempatan dalam menawarkan beg udara yang selamat buat para pengguna.

Masalah beg udara model ini tidak hanya berlaku di Malaysia, tetapi di negara-negara lain dimana model kereta ini akan dipanggil semula untuk pemeriksaan di pusat servis.

Sebagai pengguna anda perlu ambil tahu mengenai jenama beg udara yang digunakan dalam kenderaan anda dan dinasihatkan ke pusat servis bagi penukaran beg udara Takata yang selamat untuk digunakan.

Sumber: JPJ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...