Baru-baru ini ‘viral’ di TikTok di mana sepasang pasangan yang dipercayai sebagai suami isteri berpelukan di tepi jalan semasa hujan lebat.
Melalui video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @boyy_tayar berkongsikan rakaman di mana pasangan itu seperti di dalam pertelingkahan.
Apa yang membuat netizen berasa tidak senang ialah perkara itu berlaku di tepi jalan dan kejadian tersebut berlaku semasa hujan sedang lebat.
Selain itu, rakaman juga menunjukkan lelaki itu seperti sedang memujuk wanita berkenaan dengan memeluk wanita itu walaupun ditepis berkali-kali.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen mengambil peluang untuk berseloroh dengan kejadian tersebut dan ada juga yang berharap agar perkara peribadi tidak dibawa ke tempat-tempat awam.