Seorang pegawai Polis, Frank Philips, 47, telah dipecat kerana menggunakan kekerasan melampau terhadap seorang pelajar Universiti Tennessee sewaktu menahannya di sebuah parti malam Sabtu lepas.
Jarod Dotson, 21, tidak melawan ketika ditahan, bagaimanapun Philips mencekiknya sehingga dia tidak sedarkan diri. Insiden itu bagaimanapun dirakamkan oleh seorang awam.
Majikan Philips, Sherif Jimmy Jones memberitahu yang Philips sudah berkhidmat dengan Pejabat Sherif Daerah Knox sejak tahun 1992. Sherif Jones berkata:
Saya tidak pernah bertoleransi terhadap penggunaan kekerasan melampau dalam kerjaya saya sebagai penguatkuasa undang-undang selama 34 tahun ini. Saya percaya kekerasan melampau telah digunakan dalam insiden ini. Oleh itu, Philips telah dipecat dari tugas sebagai pegawai polis di Pejabat Sherif Daerah Knox dalam kadar segera. Penyiasatan kini diserahkan kepada Pejabat Ketua Peguam Daerah Knox untuk menentukan tindakan lanjut.
Insiden ini memberi contoh tentang mengapa kami kini dalam proses membeli kamera khas yang dipakai oleh pegawai pada badan mereka (rakaman video dan audio): supaya insiden seperti ini didokumenkan dengan sepenuhnya.
Jarod bagaimanapun ditahan kerana mabuk di tempat awam dan melawan ketika ditahan. Dia dibebaskan dengan ikat jamin pagi esoknya.
Sumber: Reddit</strong>