(7 GAMBAR)Pakar Anti-Bom Dan Anti-Rampasan Pesawat Filipina Sertai Pertandingan Raja Kacak

Trending

(7 GAMBAR)Pakar Anti-Bom Dan Anti-Rampasan Pesawat Filipina Sertai Pertandingan Raja Kacak

Mungkinkah ini lelaki terkacak di Filipina?

Namanya ialah Mariano Flormata. Dia ialah seorang pegawai polis untuk Polis Kebangsaan Filipina (PNP), berkerja dalam unit Keselamatan Penerbangan, dan merupakan seorang pakar anti-bom terlatih, pakar anti-rampasan pesawat dan telah mendapat 13 pingat dalam perkhidmatan selama enam tahun.

Advertisement

Kini dia semakin popular di negara kelahirannya kerana menyertai pertandingan Raja Kacak Filipina. Dan juga sudah tentu, kerana wajahnya yang kacak.


 photo neilpereztop.jpg
Mengakui bahawa dia meminati bidang peragaan, dia telah menyertai pertandingan Misters of the Philippines 2014. Dia masih berniat untuk terus bertugas sebagai seorang pegawai polis, yang menurutnya merupakan impian sejak kecil. Dia menyertai pertandingan itu dengan niat untuk menyebarkan mesej tentang kesihatan dan kecergasan kepada orang ramai.

Pihak PNP tidak mempunyai halangan bagi Mariano menyertai pertandingan tersebut asalkan tidak mengganggu tugasan hakiki sebagai seorang anggota polis, malah pegawai atasan juga memberi semangat dan dorongan bagi beliau untuk meneruskan persaingan.

Ini ialah pertama kali Mariano menyertai pertandingan seumpamanya, dan dia menggunakan nama pentas ‘Neil Perez’.

Peringkat akhir akan diadakan pada 7 September di Grand Theater of the University of Makati. Pemenang akan diputuskan untuk empat gelaran: Mister International Philippines, Mister Model International Philippines, Mister Tourism International Philippines, dan Mister Global Philippines. Pemenang akan mewakili Filipina ke peringkat antarabangsa.

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo neilperez01.jpg
 photo neilperez02-1.jpg
 photo neilperez03.jpg
 photo neilperez04.jpg
 photo neilperez05.jpg
Sumber: Kicker Daily News
Gambar: Laman Facebook Neil Perez for Mister Philippines 2014

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...