Satu lamaran perkahwinan sepatutnya menjadi sesuatu yang peribadi, peluang untuk mengajak pilihan hati untuk hidup bersama anda sehingga ke akhir hayat. Namun, dengan terciptanya Internet, ramai yang semakin kreatif melamar, dan rancangan lamaran mereka semakin terdedah kepada pengetahuan orang ramai.
Namun jika memilih untuk melamar di tengah orang ramai, anda tidak boleh mengawal bagaimana reaksi pasangan. Sama ada diterima atau tidak, pasti ada orang sekeliling yang boleh mengambil gambar dan merakamkan lamaran tersebut. Lebih malang lagi jika lamaran ditolak.
Dan kalau ditolak dan penolakan itu pula dirakamkan, siaplah, sampai jutaan orang boleh melihat lamaran anda yang gagal itu, seperti yang berlaku pada lelaki China ini.
Mungkin kerana itu, lelaki ini berusaha bersungguh-sungguh merayu agar si wanita mengatakan ‘ya’.
Namun hakikat perlu diterima, hidup ini bukan sepotong mimpi indah.
Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Gambar: gxorg